Mengulangi kejayaan dikecapi pada tahun 2014, pasukan bola jaring Kuala Lumpur berpuas hati dengan kejuaraan menerusi Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2017 apabila berjaya menundukkan pasukan Johor dalam saingan final.
Selepas 2014, mereka dilihat sukar untuk mengekalkan momentum sang juara apabila tidak melayakkan diri dalam aksi final 2015, tetapi bangkit semula ke pentas final pada 2016.Walaubagaimanapun pasukan bola jaring Kuala Lumpur terpaksa akur untuk memberi laluan kepada Selangor menjuarai musim tersebut.
Menerusi laluan berliku bagi merebut semula gelaran sang juara, pasukan Kuala Lumpur nekad menembusi pentas final 2017 seterusnya merampas semula piala yang telah hilang sejak dua tahun lalu.
Menurut kapten pasukan Nordiyanah Noorsabadinee, pasukan kali ini terdiri ramai dari kalangan pemain muda, namun tunjuk ajar dari pemain yang lebih terdahulu banyak membantu mereka dari segi latihan dan yang paling penting keserasian apabila bermain dalam sukan berkumpulan. Mereka menjalani latihan setiap hari dan menumpukan kepada bentuk latihan ketangkasan, dan stamina.
Apabila ditanya tentang perlawanan sengit di pentas final tempoh hari ketika menentang Johor, Diyanah menambah, Johor merupakan pasukan yang agak kebal dan sukar ditembusi gawang mereka. Namun keserasian dalam pasukan menyusun jentera melumpuhkan pasukan lawan dan akhirnya Kuala Lumpur berjaya menundukkan Johor dan menang dengan keputusan 11-11, 24-23,37-31,48-46.
Nur Amisya Khairuddin diangkat selaku Pemain Terbaik Kejohanan berbangga dengan prestasi ditampilkan beliau yang telah menyertai pasukan Kuala Lumpur sejak 2015 itu. Beliau juga mengakui latihan persendirian yang dilakukan adalah inisiatif sendiri dan perlu ada buat pemain-pemain lain juga yang ingin memperbaiki kelemahan diri sendiri.
Apa yang penting, keresahan dihadapi sejak 2 tahun lalu telah hilang, sekurang-kurangnya Kuala Lumpur sudah boleh bermimpi indah.