Wabak koronavirus baru (Covid-19) yang semakin merebak di seluruh dunia ketika ini bukan sahaja menjejaskan program-program sukan, bahkan ia menjejaskan ramai pihak daripada segi ekonomi.
Banyak acara sukan terpaksa dibatalkan dan meskipun sudah mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengelak daripada bersentuhan, bersalaman dan berswafoto, liga-liga di Eorpah juga terpaksa tunduk dengan penularan wabak berkelas pandemik ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke, menganggap ini tempoh paling sukar Bundesliga dalam menangani krisis yang tidak dijangka ini sambil berharap kelab-kelab di Jerman mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk bertahan di sebalik ketiadaan perlawanan yang boleh menjana dana buat mereka.
Misalnya Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti yang dilaporkan media tempatan minggu lalu, telah memperkenalkan tabung Covid-19 bagi meringankan beban mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan kewangan.
Bantuan ihsan sebanyak RM1 juta itu disalurkan ke dalam tabung tersebut bagi membantu pesakit yang tidak mempunyai pekerjaan dan terganggu kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari sebelum pulih sebagai kesinambungan kepada pakej rangsangan ekonomi bernilai RM20 bilion seperti diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bulan lalu.
Bintang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo, pula sudi menjadikan beberapa hotel miliknya di Portugal dijadikan hospital sementara sebagai pusat rawatan wabak berkenaan.
Dia yang kini dikuarantin di Madeira turut menyeru orang ramai agar menghulurkan bantuan sambil menyanjung usaha pasukan perubatan dalam mengatasi krisis global ini.
Selain itu, Liverpool menyalurkan £40,000 (RM209,988) kepada Program Bantuan Makanan Peminat (FSF) kerana sebelum ini, 25 peratus daripadanya dijana adalah menerusi sumbangan orang ramai ketika hari perlawnan.

Bintang pasukan bola keranjang Utah Jazz, Rudy Gobert, tidak terkecuali apabila menyumbangkan $500,000 (RM2.1 juta ) kepada pekerja separuh masa di Persatuan Bolakeranjang Kebangsaan (NBA) yang perkhidmatannya terjejas akibat Covid-19.
Saingan di Amerika Syarikat (AS) itu terpaksa ditangguhkan serta merta selepas dia didapati positif walaupun sebelum itu, pemain dari Perancis tersebut sempat bergurau mengenainya hingga mendorongnya membuat permohonan maaf terbuka.
"Saya terharu dengan usaha tidak kenal penat lelah di seluruh dunia bagi mereka yang terjejas oleh Covid-19 terutama komuniti saya sendiri di Utah dan Perancis," kata Gobert.

"Saya tahu ramai yang terkesan. Derma ini adalah sebagai tanda kecil yang mencerminkan penghargaan dan sokongan saya terhadap semua yang terlibat dan merupakan langkah pertama untuk saya cuba membawa perkara positif sambil terus belajar mengenai Covid-19 dan mendidik orang lain. Terima kasih banyak, RG."