Skip to main content

Rencana

Bincanglah secara baik atlet, persatuan

sukanasia.jpg
Kecoh seketika apabila timbul isu persatuan sukan mengarahkan atlet mereka mencari dana sendiri untuk ke Sukan Asia selepas diletakkan dalam kategori B. 

Ini kerana tanggungjawab mencari perbelanjaan itu terletak di bahu persatuan sukan dan bukannya atlet sehinggalah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi amaran keras kepada persatuan yang tidak bertanggungjawab itu. 

Isu ini dilihat tidak akan tamat sekiranya tiada perbincangan yang baik diadakan di antara atlet dan persatuan itu sendiri. 

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, adalah lebih baik sekiranya mereka menyelesaikan perkara sedemikian secepat mungkin tanpa menjejaskan latihan atlit. 

Ini kerana, ada atlet yang tidak dimaklumkan adakah perbelanjaan mereka akan ditanggung  persatuan sehingga mereka mengambil keputusan untuk mencari inisiatif sendiri. 

Justeru, jika atlet itu sanggup mengeluarkan peruntukan di atas kerelaan sendiri tanpa menggunakan bajet daripada persatuan, perkara itu harus dibincang dan dipersetujui sesama mereka agar tidak lagi timbul isu yang kurang enak didengar. 

Antara beberapa sukan yang dilihat menggunakan perbelanjaan atlet adalah sukan menembak, triatlon dan lawan pedang. 

Apa yang penting, mereka harus segera menyelesaikan perkara sedemikian agar persiapan ke Sukan Asia tidak terjejas. 

Selamat maju jaya buat kontinjen negara! 

Advertisement

Must Watch Video