Skip to main content

Rencana

Bila England jadi juara dunia

englandu20.jpg
Bila England julang Piala Dunia, tidak akan ada orang yang lebih gembira melihatnya daripada saya #tulusikhlas.

Bila detik itu tiba, saya akan hanya tersenyum tanpa berkata-kata melihat pengkritik terpaksa akur dengan kehebatan The Three Lions.

Adakah England akan menjadi juara dunia pada edisi Rusia 2018? Sama sekali...SUKAR! tetapi tidak mustahil.

Skuad remaja England, bawah 20 tahun dan baru-baru ini bawah 17 tahun sudah membuktikan mereka berupaya menjadi juara dunia.

Adakah mereka ini yang akan menunjangi skuad senior satu hari nanti dan merealisasikan impian menamatkan kemarau di penas tertinggi dunia sejak 1966? Mungkin tidak.

Ini kerana dasar dalam saingan Liga Perdana Inggeris tidak membenarkan prospek muda dari England untuk menyinar melainkan pemain itu mempunyai bakat istimewa seperti Marcus Rashford.

Daripada 20 pasukan elit, 522 pemain didaftarkan, 352 daripadanya adalah pemain bukan kelahiran England, ini ditafsikan kepada statsitik yang membawa kepada jumlah 67 peratus.

Liga lain? Bundesliga Jerman, 18 pasukan, 520 pemain keseluruhan, 274 pemain asing, lebih kurang 58 peratus adalah bakat tempatan negara itu.

La Liga Sepanyol 20 pasukan, 477 pemain keseluruhan, hanya 205 pemain asing, bermakna hampir 67 peratus adalah bakat tempatan.

Sepanyol juga memiliki eksport paling ramai di England kerana 31 pemain daripada senarai 352 pemain asing itu adalah dari negara ini.

Kadang-kadang terfikir melihat nasib sama menimpa bola sepak Malaysia dan England, memiliki skuad remaja yang baik tetapi berdepan pelbagai masalah beralih ke pentas senior.

Adakah penambahan kuota import untuk melonjak imej Liga Super kita lebih penting berbanding kesinambungan bakat buat skuad kebangsaan?

Setidak-tidaknya England memiliki  liga komersil yang bernilai dan  layak beraksi dalam Piala Dunia, Malaysia?

Bagaimanapun, bila England jadi juara dunia pasti detik yang manis, tetapi lebih istimewa bila Harimau Malaya berupaya bangkit mempamerkan taring sebenar.

#comeonthreelions
#ayuhharimaumalaya
 

Advertisement

Must Watch Video