RENCANA
Bijak kawal penaja
Kesungguhan yang dipamirkan oleh pihak pengurusan dan jurulatih dalam memperkuatkan pasukan masing-masing dengan membawa masuk pemain-pemain berpengalaman dan berkualiti amat positif sekali.
Tidak ketinggalan juga bagaimana syarikat koporat tempatan mula menunjukan minat untuk menaja pasukan-pasukan bola sepak tempatan ini demi kemajuan dan pembangunan bola sepak negara.
Kita lihat sahaja Kelantan dengan penaja baharu mereka melakukan perubahan dari segi penjenamaan infrastruktur mereka. Banyak perubahan yang dilakukan oleh penaja mereka dengan idea-idea baharu yang cuba diketengahkan bagi menarik minat peminat-peminat untuk membanjiri stadium.
Iklan
Dalam keadaan sebegini juga bahagian pemasaran sesebuah persatuan atau kelab perlu bijak merancang serta membuat strategik pemasaran bagi menggekalkan momentum pasukan mereka dihati peminat. Kreativiti dalam mengetengahkan idea-idea baharu amat penting, ini kerana ia akan menjadi perhatian dan minat penaja-penaja baharu.
Begitu juga dengan pemain-pemain dan jurulatih perlu peka dengan stuasi semasa, dimana bahagian pemasaran dan pasukan juga perlu berkomunikasi dalam mengekalkan jenama sesebuahkan pasukan itu. Jurulatih dan pemian juga perlu terlibat dalam setiap program yang dirancang oleh bahagian pemasaran serta perlu konsisten dalam permainan demi mencipta kemenangan.
Kepada pengurusan tertinggi juga perlu bijak memberi ruang kepada penaja dalam penglibatan menjanamakan pasukan itu supaya ia tidak menampakkan bahawa persatuan itu terdesak dalam mencari kewanagan serta penaja yang menguasai persatuan.
Sementara itu peminat juga perlu sentiasa berdiri dibelakang pasukan mereka supaya ia terus menarik minat penaja. Bijaklah menggunakan akal dalam merancang strategik pemasaran dan ia penting dalam membangunankan sesebuah pasukan itu.
Must-Watch Video