Skip to main content

Rencana

Biasalah tu!

ronaldo-griezmann-said-he-hates-me.jpg

Sejak akhir-akhir ini Bintang Perancis juga penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann dikaitkan mengalami hubungan dingin dengan bintang bolasepak dunia Cristiano Ronaldo.

Namun Griezmann mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Cristiano Ronaldo walaupun laporan media mengatakan sebaliknya. Terdapat juga kenyataaan di mana kedua-dua bintang ini bertemu, namun tidak bertegur sapa. Ronaldo menerangkan kontroversi di antara mereka berdua terjadi selepas Portugal mengalahkan Perancis pada Euro 2016 semasa perlawanan akhir di mana Griezmann mengatakan beliau amat membenci dirinya.

"Ia agak melucukan," kata Ronaldo kepada France Football.

Tidak lama selepas perlawanan akhir, Ronaldo bercuti di Miami dan bertemu dengan Antoine Griezmann di sebuah restoran di mana beliau makan bersama tunangnya. Griezmann datang ke meja Rinaldo dan berkata dengan senyuman nakal, "Cristiano, saya tidak suka kamu". Beliau mungkin hanya berseloroh tetapi memandangkan Ronaldo telah menjadi antara penyebab Griezmann terlepas trofi Liga Juara-Juara dan Euro 2016 pada tahun ini , sesiapa sahaja boleh memberikan alasan untuk mengesyaki perlingkahan mereka berdua. Ada juga kenyataan yang mengatakan bahawa tahun 2016 merupakan tahun kedua Ronaldo membantutkan impian Griezmann untuk merangkul trofi liga juara-jura bersama Atletico setelah ditewaskan oleh Los Blancos pada perlawanan akhir 2014. 

Walaubagaimanapun penyerang Perancis itu telah menafikan laporan tersebut dan mengatakan bahawa dia dan rakan sejawatannya dari Portugis itu telah menjadi rakan buat masa yang lama. Bercakap kepada L'Equipe, pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa perasaannya terhadap Ronaldo adalah rasa hormat kerana beliau adalah antara pemain terbaik dunia pada masa kini. "Ronaldo juga pernah menjadi jiran saya dan dia melintasi rumah saya setiap hari. Kami sentiasa bertegur sapa antara satu sama lain".

Griezmann menambah lagi,ketika beliau sedang bercuti bersama pasangan di Miami,beliau bertemu Cristiano di sebuah restoran. Ia adalah satu kebetulan yang besar apabila Griezmann pergi kepadanya untuk mengucapkan tahniah kerana memenangi Euro 2016 dan kemenangan di Liga Juara-Juara "Saya secara bergurau berkata saya membenci dia.Walaupun agak kecewa dengan kekalahan tersebut. Saya tidak pernah berasa dendam terhadap beliau kerana itu adalah apa yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemain terbaik dunia".

"Jika saya masih seorang kanak-kanak, saya mungkin akan menjadi peminat beliau, sama seperti saya akan menjadi peminat Lionel Messi, Neymar dan Paul Pogba" ujar Griezmann.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found