Berapa nilai rim motosikal yang sudah rosak?
Sanggupkah kita menyingsing lengan meredah kawasan sampah sarap mencari besi buruk dengan tujuan bukan untuk dijual?
Tetapi bagi dua beradik, besi buruk itu langkah pertama untuk mereka keluar daripada kemiskinan dan bantu keluarga.
Muhammad Fakhrul Najmi Mohd Fisol, 15 dan adiknya, Muhammad Nazrul Hisham, 10, menggunakan besi buruk seperti rim motosikal untuk dijadikan alat berlatih angkat berat di Kangar, Perlis.
Idea ini tercetus selepas menonton laman 'Youtube' dimana ada atlit menggunakan bahan sama termasuk simen yang diisi dalam tin untuk berlatih.
Hasilnya, alat itu mampu mencapai berat maksimum 40kg sekali gus digunakan untuk berlatih sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya harap dapat mewakili Perlis ke Sukma (Sukan Malaysia) dan Malaysia suatu hari nanti. Walaupun sekadar besi buruk tetapi ini saja yang kami ada".
"Apa yang penting ialah kami dapat berlatih dan selepas PKP ini, saya dan adik akan kembali ke pusat latihan kami di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin," kata Fakhrul.
Semangat mereka membara - itulah remaja Malaysia.
Mungkin mereka tidak sedar skuad angkat berat negara sedang dilanda isu penggantungan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) hingga tidak boleh menyertai sebarang kejohanan selama setahun ekoran kes doping 2018.
Saya fikir, lebih baik mereka tidak tahu. Jika tidak, biarlah ia daripada mulut orang lain.
"Saya mahu membantu keluarga. Saya akan mewakili negara hingga raih pingat emas Sukan Olimpik," katanya.

Harga emas Olimpik RM1 juta selain elaun bulanan RM5,000.
Mungkin besi buruk ini jalan keluar untuk kesusahan mereka.
Teruskan usaha anak muda Malaysia!