Ibarat mendung yang menyelubungi bola sepak Selangor akhirnya berarak pergi, kesudian Raja Muda Selangor(RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, menerima amanah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pasti memberikan nafas baharu kepada pasukan paling kaya dengan nilai sejarah di persada bola sepak tanah air.
Berusia 28 tahun, RMS bakal suntik banyak elemen kesegaran terhadap FAS dan paling penting menjadi paksi neutral kepada semua pencinta bola sepak Selangor.
Kesungguhan dalam memartabatkan bola sepak di bumi Darul Ehsan sudah boleh dilihat beberapa tahun lalu apabila baginda menjadi pencetus idea kepada kewujudan Selangor Champions League (SCL) sejak 2016.
Seorang yang tenang dan ada cinta sungguh mendalam terhadap bola sepak, rentak RMS pasti sentiasa akan diperhati dan dinilai oleh semua pihak sama ada peminat di Selangor atau seluruh negara.
Malah kehadiran RMS disambut penuh positif oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Amirudin Shari yang kembali komited bantu kembali The Red Giants terutama dalam pemberian dana selain sokongan logistik lain seperti kemudahan tempat latihan di padang Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK).
Penulis enggan singkap kembali masalah rumah tangga FAS sebelum ini yang menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Selangorm cuma diharapkan melalui hadirnya RMS, semua pihak perlu `buang yang keruh, ambil yang jernih' serta bersatu hati demi maruah bola sepak Selangor.
Tidak perlu lagi dibuka cerita lama terutama dalam soal penswastaan pasukan sebelum ini yang undang seribu keretakan kepada FAS dan segala permusuhan peribadi yang wujud sebelum ini harus dicampak jauh.
Perkara ini membuatkan penulis ingin sentuh apabila masih ada seseorang yang berjawatan tinggi dalam FAS (tidak perlu disebut nama) menjadikan media sosial sebagai medan untuk melontarkan perli terhadap Menteri Besar Selangor selepas aksi final Piala FA, Sabtu lalu.
Ketika semuanya sudah berada dalam keadaan baik, status beliau yang begitu dikenali oleh seluruh peminat Selangor boleh mengundang kembali kehadiran anasir kurang sihat kepada FAS.
Sebagai seorang yang lebih makan garam daripada penulis, harap beliau mampu pamerkan kematangan ketika hampir semua pihak sudah mencapai kata sepakat memacu kemajuan bola sepak Selangor dengan matlamat buru kembali kegemilangan masa lalu.
Sesungguhnya bantuan daripada kerajaan negeri kepada FAS cukup penting dalam waktu terdekat ini dan bimbang hanya kerana pandangan berbentuk peribadi sebegitu, mampu buatkan luka lama terhiris kembali.
Buat RMS, moga baginda diberi ruang sewajarnya semasa menjadi nakhoda mengawal kapal FAS dan paling mustahak, menjadi ejen penyatuan semua pihak tanpa mengambil kira ideologi politik.