Skip to main content

Rencana

Berlagaknya Guardiola!

pepefl.jpg
"Tiada kelab lain sehebat kami!" Itulah kenyataan yang dikeluarkan pengendali Manchester City, Pep Guardiola, selepas menjulang kejuaraan Piala Liga menewaskan Aston Villa 2-1 di Stadium Wembley.

Eh kejap, Piala Liga je pun, apa yang angkuh sangat ni? Sebenarnya kenyataan itu hadir berlandaskan kejayaan domestik yang dimenangi Manchester City. Iye, domestik! Ini kerana dari sembilan kejohanan domestik terakhir yang mereka bertanding,  lapan kali ianya menjadi milik mereka. Tiada kelab dalam sejarah di England mampu melakukan apa yang mereka lakukan dan sebab itulah hadirnya keangkuhan tersebut.

Guardiola bagaimanapun tidak menafikan prestasi mengagumkan pasukan pasukan lain seperi Liverpool, Tottenham Hotspur dan Manchester United, tetapi apa yang City lakukan adalah satu pencapaian yang mengagumkan.

Di bawah kendalian Guardiola, Manchester City meningkat secara mendadak dengan berjaya memenangi Liga Perdana sebanyak dua kali, Piala FA sekali, Piala Liga tiga kali dan  dua trofi Perisai Komuniti. Namun harus diingat kejayaan ini hadir kerana adanya bantuan kewangan yang sangat-sangat kukuh untuk The Citizens membeli pemain-pemain ternama.

Lihat sahaja senarai pemain yang dibeli dengan harga mahal sejak kemasukan Guardiola, malah ada pemain mahal yang dibeli hanya melakukan beberapa penampilan sahaja sebelum beredar meninggalkan kelab. Itu belum dikira jumlah gaji mingguan pemain seperti Raheem Sterling, Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero. Pihak pengurusan ternyata berbelanja dengan sangat besar untuk meletakkan Manchester City ke kedudukan sekarang, sehingga mereka sanggup melakukan penipuan.

Kejayaan-kejayaan domestik yang dimenangi terpaksa dibayar dengan harga yang amat mahal apabila Manchester City digantung dua tahun dari menyertai Liga Juara Juara Eropah selepas didapati bersalah memalsukan laporan kewangan mereka. Nampak gayanya boleh terus fokus kepada saingan domestik je lah kan?

Tidak mustahil penggantungan yang dihadapi akan memberi kesan kepada Manchester City untuk tahun-tahun mendatang. Ini kerana pihak pengurusan tentunya akan sedikit berkira untuk berbelanja besar memandangkan mereka hanya 'layak' bertanding di peringkat domestik, dan pemain-pemain ternama sudah tentu tidak mahu bermain bersama pasukan yang 'tidak layak' beraksi di Liga Juara Juara Eropah. Silap hari bulan, Guardiola sendiri pun mungkin berhijrah ke kelab lain, takkan dia hanya mahu bermain di saingan domestik sahaja. 

Advertisement

Must Watch Video