Skip to main content

Rencana

Berita buruk buat The Red Devils

0794610779cd94dad842f9e2f2a711d8.jpg
Skuad Manchester United yang kini berada dalam krisis prestasi menerima berita kurang menggembirakan apabila bintang bola sepak dunia yang bersama pasukan Juventus, Cristiano Ronaldo, boleh beraksi menentang The Red Devils untuk saingan Liga Juara Juara Eropah pada 23 Oktober nanti.

United sebelum ini diletakkan di kumpulan H berama Young Boys, Valencia dan juga Juventus. Dalam perlawanan pertama, mereka memungut tiga mata dengan kemenangan selesa 3-0 berdepan Young Boys manakala dalam satu lagi perlawanan, pasukan Juventus turut melakar kemenangan yang perlu dibayar dengan harga mahal apabila Ronaldo dilayangkan kad merah dan dibuang padang sewaktu berdepan Valencia.

Insiden kekasaran di antara Cristiano Ronaldo dan Jeison Murillo itu menjadi topik hangat dengan banyak pihak merasakan bahawa ianya bukan sepatutnya insiden kad merah. 

Ronaldo dilihat menangis selepas dilayangkan kad merah kerana seakan tidak percaya dengan keputusan yang dibuat pengadil.

Bagaimanapun, melalui laporan media antarabangsa, sumber Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengatakan bahawa Ronaldo hanya akan digantung satu perlawanan sahaja dan ini bermakna beliau boleh beraksi berdepan skuad lamanya dan menentang bekas pengurusnya di Real Madrid. Tiada tambahan hukuman memandangkan pihak UEFA merasakan bahawa kekasaran yang dilakukan Ronaldo bukanlah begitu berat.

Nampak gayanya, barisan benteng United terutama Antonio Valencia dan rakan-rakan perlu berlatih lebih keras bagi mengekang asakan jentera serangan Juventus yang dibarisi Ronaldo, Paulo Dybala dan Mario Mandzukic memandangkan Juventus kini berada di puncak prestasi apabila mengutip mata penuh dalam 6 perlawanan liga dengan 18 mata.

Advertisement

Must Watch Video