Banyak yang boleh diperkatakan mengenai kejohanan Seluruh England yang berakhir, namun antara yang turut mencuri perhatian adalah kejayaan pasangan beregu lelaki Jepun, Yuta Watanabe/ Hiroyuki Endo menjulang kejuaraan, sekali gus menjadi pasangan beregu Jepun pertama raih gelaran di Birmingham.
Lawan mereka di pentas akhir adalah pasangan nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo/ Marcus Fernaldi Gideon yang sangat susah untuk ditundukkan.
Menariknya mengenai perlawanan ini, kemenangan Watanabe dan Endo mengesahkan mereka merupakan pakar dalam mengalahkan pasangan dari Indonesia itu, tatkala beregu-beregu negara lain masih mengkaji bagaimana mahu tumpaskan Kevin dan Marcus.
Jika diimbas, mereka bertemu di arena antarabangsa sejak 2018, dan dua perlawanan untuk tahun itu diungguli Kevin dan Marcus, namun memasuki tahun 2019, untuk baki lima pertemuan sepanjang tahun lalu, tampak Watanabe dan Endo sudah masak dengan strategi lawan yang punyai pelbagai muslihat dalam gelanggang.
Jika ada yang bakal mencabar pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo nanti untuk acara beregu lelaki, Watanabe dan Endo sudah boleh lakar senyuman sinis, apabila mereka sudah temui rahsia menundukkan pasangan nombor satu dunia itu.