Skip to main content

Rencana

Berdepan The Citizen Tanpa Pogba

21017paulpogba.jpg
The Red Devils akan menerima kunjungan anak-anak buah Pep Guardiola pada 11 Disember ini tanpa kelibat tonggak utama mereka, Paul Pogba.

Pogba digantung tiga perlawanan selepas menerima kad merah pada minit ke 74 dalam perlawanan menentang Arsenal yang berakhir dengan kemenangan 3-1.

United pada mulanya mahu melakukan rayuan kepada FA England namun Mourinho menukar fikiran disaat akhir dengan tidak mahu melakukan rayuan.

Dengan ketiadaan Pogba, di tambah pula kecederaan yang dialami Nemanja Matic, kemungkinan besar peranannya akan diambil oleh sama ada Fellaini dan juga Ander Herrera.

Manchester City pastinya mahu terus menjarakkan kedudukan dengan United yang mengekori rapat ditangga kedua. Ketiadaan Paul Pogba juga mungkin memberikan sedikit kelebihan kepada The Citizens dalam aksi di Old Trafford nanti di tambah pula jentera serangan mereka dilihat begitu tajam dengan gandingan Sergio Aguero, Gabriel Jesus, Rahim Sterling dan Leroy Sane.

Namun, Dayang merasakan ketiadaan Pogba bukanlah isu utama bagi Mourinho kerana sebelum ini, United turut terlepas untuk menggunakan khidmat Pogba selama hampir dua bulan akibat kecederaan hamstring. Pemain lain seperti Marcus Rashford, Jesse Lingard, Anthony Martial dan David De Gea turut berada dalam prestasi terbaik untuk pertemuan berdepan Manchester City.

Dayang tak sabar menantikan aksi menarik kedua-dua pasukan ini dan pastinya pertemuan setempat di antara Manchester United dan Manchester City akan menjadi perlawanan tumpuan apatah lagi ia melibatkan pasukan yang berada di tangga pertama dan kedua Liga Perdana Inggeris.

Advertisement

Must Watch Video