Status pertahanan termahal dunia yang dipegang oleh Virgil Van Dijk selama hampir 20 bulan akhirnya dipecahkan Manchester United selepas melengkapkan perpindahan Harry Maguire daripada Leicester City.
Yuran perpindahan berjumlah GBP80 juta -- iaitu nilai sama yang dibayar Real Madrid ketika membawa Cristiano Ronaldo daripada United 10 tahun lalu -- membolehkan Maguire kini mengungguli senarai 10 bek paling mahal.
Siapakah lapan lagi pemain yang mengisi senarai itu selain Maguire dan Van Dijk? Adakah mereka menjadi pembelian berbaloi buat majikan baru?

Berdasarkan carta di atas, Manchester City dilihat mengeluarkan dana paling tinggi bagi memperkuatkan benteng mereka sejak di bawah bimbingan Pep Guardiola.
Jumlah GBP212 juta yang dibelanjakan bagi membawa masuk Kyle Walker, John Stones, Benjamin Mendy dan Aymeric Laporte sejak Ogos 2016 dilihat memberikan pulangan berbaloi buat The Citizens tatkala mereka bergelar juara Liga Perdana Inggeris selama dua musim berturut-turut sejak 2017.
Namun, dua kejuaraan liga itu tampak tidak sempurna jika empat nama di atas dijadikan sandaran
memandangkan Mendy sering dihantui masalah kecederaan dan Stones bergelut untuk mencapai tahap
konsisten.

Namun, kesempurnaan dapat dilihat di barat laut England tatkala kehadiran Van Dijk melengkapkan revolusi Jurgen Klopp bersama Liverpool apabila melayakkan diri ke dua aksi final Liga Juara-Juara Eropah, termasuk muncul juara musim 2018-19.
Penghijrahan Aaron Wan-Bissaka dan Lucas Hernandez daripada kelab lama mungkin menjadi perhatian utama memandangkan nilai dua perpindahan itu tampak tidak sepadan dengan pencapaian mereka sebelum itu.
Nilai untuk Wan-Bissaka ke Old Trafford serta langkah Bayern Munich mendatangkan Lucas Hernandez ke Allianz Arena disuarakan kebanyakan peminat bola sepak di dunia sebagai yuran yang tidak layak dibayar kerana masih terlalu awal untuk menilai dua pemain itu pada jumlah tersebut walaupun Hernandez bergelar juara dunia bersama Perancis tahun lalu.

Justeru, tatkala jumlah yang dibayar Juventus untuk mendapatkan Matthijs De Ligt sudah dijangka, tekanan kini pastinya terarah kepada Maguire kerana bukan mudah untuk bergelar pertahanan termahal dunia, lebih-lebih lagi apabila dia memilih United sebagai destinasi seterusnya.
Harapan peminat di Old Trafford, beban yuran tertinggi yang digalas serta golongan pembenci The Red Devils yang menanti masa untuk menjadikannya bahan jenaka sudah tentu membuatkan Maguire tiada pilihan selain tampil dengan aksi cemerlang, bermula dengan pertemuan menentang Chelsea, hujung minggu ini.