Saya kagum dengan sikap pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang.
Hanya dia berani mengumumkan sasaran pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 sedangkan sembilan persatuan sukan kebangsaan, yang dipanggil menghadiri Mesyuarat Road To Tokyo, tidak ambil langkah sama.
Apa yang ada ialah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang meletakkan sandaran dalam acara beregu lelaki dan beregu campuran tanpa merujuk kepada pasangan spesifik.
Malah, pemain juga tidak mengumumkan mengenai sasaran mereka.
Pendekatan Azizul berbeza.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mensasarkan satu perak bagi mengelak tekanan kepada pelumba tetapi realitinya, Azizul mahu emas.
Siapa sebenarnya yang tertekan?
Sememangnya Azizul layak menerima tugas ini memandangkan reputasinya sebagai ranking pertama dunia acara keirin selain pernah bergelar juara dunia 2017, raih gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 dan menang emas Piala Dunia New Zealand, Disember lalu.
"Sejak mula bermain basikal, impian saya ialah meraih pingat emas Sukan Olimpik. Saya tidak nampak pingat lain di Tokyo selain emas"
"Pasukan kami akan bekerja keras untuk mencapai misi ini tapi saya minta jangan hanya fokus kepada seorang atlet saja.
"Kita memiliki ramai atlet dan semuanya berpeluang meraih emas. Lihat apa yang berlaku dalam Olimpik Rio, ramai juara dunia atau pilihan utama tumbang sedangkan atlet kurang ternama seperti penembak Vietnam menang emas.
"Cuma bagi saya, ini persiapan terbaik selepas buat penampilan pertama dalam Olimpik Beijing (2008). Saya akan buru emas," kata Azizul.
Nampak kematangan dan ketenangan The Pocketrocketman menangani soalan media.
Pelumba berusia 32 tahun ini sedar dia akan mengambil alih tugas perseorangan utama, Datuk Lee Chong Wei, yang bersara tahun lalu.
Bagi skuad terjun, Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah mengumumkan sasaran untuk mempertahankan satu perak dimenangi dalam acara 10 meter platform terjun seirama.
Memetik komen legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan: "Sukan lain cabarannya berbeza. Tapi sebagai atlet negara, kita patut bersatu buru emas Olimpik Tokyo.
"Rakyat tidak akan marah jika gagal tapi mereka akan berang jika tidak mencuba."