Perancang Real Madrid dan Croatia, Luka Modric, memenangi anugerah Pemain Terbaik FIFA dan mengakhiri dominasi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi. Pemain terakhir untuk meraih kejayaan ini merupakan Ricardo Kaka pada 2007.
Messi dan Ronaldo mendominasi dunia bola sepak selama sedekaD tetapi ia akhirnya ditamaTkan oleh Modric yang turut memenangi Pemain Terbaik UEFA dan Bola Emas Piala Dunia 2018.
Penjaga gol Terbaik FIFA
Penjaga gol Belgium dan Real Madrid, Thibaut Courtois, menerima anugerah ini di atas persembahan bersama Chelsea dan skuad kebangsaan Belgium.
Courtois yang setinggi 1.99 meter membenarkan dirinya untuk menutup sebahagian besar gawang dan kebolehannya melakukan gerakan pantas menjadi aset terbaiknya.
Penjaga gol Sepanyol dan Manchester United, David De Gea, turut memiliki persembahan cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memenangi Sarung Tangan Emas tetapi De Gea gagal mengulanginya dalam saingan Piala Dunia selepas La Roja disingkirkan Russia dalam pusingan 16.
Anugerah Puskas FIFA
Anugerah ini memberikan penghargaan jaringan terbaik bagi tahun 2018 dan ia telah menjadi milik penyerang Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah. Pemain berusia 25 tahun itu menghasilkan jaringan tersebut ketika berdepan Everton -- mengatasi dua pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Jordan Pickford, dengan penuh bergaya.
Bagaimanapun, FIFA sekali lagi terlepas pandang bagi menentukan pemenang apabila sepakan gunting Gareth Bale dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) ketika berdepan Liverpool merupakan sesuatu yang istimewa sementara Ronaldo yang turut melakukan jaringan yang sama ketika perlawanan separuh akhir UCL berdepan Juventus.
Jurulatih terbaik FIFA
Tiada kejutan apabila Didier Deschamps diangkat sebagai jurulatih terbaik selepas membawa pasukan menjuarai Piala Dunia. Dalam Euro 2016, Perancis hampir muncul juara Eropah sebelum Portugal menghancurkan impian mereka di laman sendiri.
Deschamps dan skuad bimbingannya dahagakan kejayaan di Russia. Skuad muda Les Bleus yang diketuai oleh Hugo Lloris membuktikan mereka berada dalam kalangan terbaik apabila menjulang trofi Piala Dunia.
Anugerah Pemain Terbaik FIFA
Modric membuktikan dirinya dalam kalangan pemain terbaik di atas persembahannya bersama kelab dan negara. Modric mendukung skuad Croatia mara ke final dan dia turut diangkat sebagai pemain terbaik Piala DUnia 2018.
Di sebalik persembahan cemerlang bersama Croatia, Modric juga merupakan tunjang kejayaan Real dalam memastikan kejuaraan UCL buat kali ketiga berturut-turut.
Kesebelasan Terbaik FIFA
Penjaga gol:
David De Gea
Pertahanan:
Dani Alves, Marcelo, Sergio Ramos, Raphael Varane
Tengah:
N'Golo Kante, Luka Modric. Lionel Messi
Penyerang:
Cristiano Ronaldo, Kylian Mbappe, Eden Hazard