Kejayaan Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sudah pasti cukup istimewa buat jutaan peminat kelab itu di seluruh dunia, termasuk penulis sendiri.
Ia pasti mengembalikan kenangan buat para peminat Liverpool, saat mereka memilih untuk menyokong kelab itu berbanding kelab lain.
Bagi penulis, bekas pemain sayap England John Barnes adalah pemain yang membuatkan penulis tertarik melontarkan sokongan kepada Liverpool pada 1990 sehingga kini.
Barnes sebelum itu turut cemerlang bersama England di Piala Dunia 1986 Mexico dan 1990 Itali, serta merupakan antara pemain Inggeris yang memiliki kemahiran individu cukup tinggi ketika itu.
Tahun sama juga Liverpool menjulang kejuaraan Liga Divisyen Satu sebelum bermulanya era EPL sebagai peringkat tertinggi saingan di England.
Namun, permulaan era EPL seakan memberi badi buat Liverpool kembali sebagai juara dan ia juga era dominasi seteru utama mereka Manchester United.
Jadi selama tiga dekad, dari bergelar pelajar sekolah, kolej, wartawan akhbar, penyiaran dan akhirnya penerbit, penulis mengharungi pelbagai dugaan sebagai penyokong Liverpool.
Apatah tidak, sebahagian besar rakan-rakan karib penulis adalah penyokong tegar United ketika era Sir Alex Ferguson.
Selama 30 tahun juga penulis terpaksalah pekakkan telinga, kerana penyokong United memang menjadikan Liverpool sebagai bahan jenaka mereka.
Tetapi kini tidak lagi, kehadiran Jurgen Klopp sebagai pengurus pada 2015 ternyata memberi sinar baru buat penyokong The Reds di seluruh dunia.
Pendekatan taktikal “Gegenpressing” yang diterapkan Klopp dengan formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 ternyata cukup serasi dengan pasukan bersama barisan Liverpool kini.
Kejayaan Liverpool meraih kejuaraan Eropah pada 2019 dan EPL musim ini pada penulis, memberi gambaran kelab itu berpotensi mendominasi saingan EPL serta Eropah untuk beberapa musim akan datang.
Apa pun, penulis berasa Klopp tetap perlu membeli satu dua pemain baru yang akan terus menambah variasi kepada permainan Liverpool.
Selepas ini sudah pasti pasukan lain di EPL dan Eropah sudah mengkaji lebih mendalam untuk menangani taktikal Liverpool dan mereka perlu bersedia jika mahu terus kekal sebagai juara.
Penulis optimis pemilik kelab, John W. Henry dan pucuk pimpinan Liverpool mahu kelab itu terus menjadi pasukan yang mendominasi pentas EPL dan Eropah selepas ini.
Bagaimanapun, kini adalah waktu buat peminat Liverpool seluruh dunia meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka.
Bagi penulis juga, Liverpool mengajar penulis erti kesetiaan dalam bola sepak sama seperti lirik dalam lagi tema kelab itu, “You’ll Never Walk Alone”.