Selepas era Sir Alex Ferguson tamat di Old Trafford lima tahun lalu, setiap musim Manchester United dihimpit dua elemen bagi menghadapi saingan tahun berikutnya, iaitu pengganti Cristiano Ronaldo serta masalah benteng.
Bermula dengan kehadiran David Moyes, Louis Van Gaal dan kini Jose Mourinho selaku pengurus pasukan, skuad The Red Devils telah berbelanja sebanyak GBP148.7 juta (RM789 juta) dalam usaha untuk memperkasakan barisan pertahanan.

Selama lima musim (2013/14 sehingga 2017/18), sudah pasti saingan musim lalu merakamkan rekod terbaik buat benteng United apabila hanya dibolosi 28 kali, sekali gus meletakkan barisan pertahanan mereka berada di tangga kedua paling kebal di belakang juara, Manchester City, yang hanya bolos 27 gol.
Namun, tatkala saingan 2018/19 hanya berbaki kurang daripada seminggu untuk dimulakan, benteng United sekali lagi dipalitkan dengan rentetan gosip serta laporan akan kehadiran pertahanan baru sambil wujud nama yang bakal ditunjukkan jalan keluar.
Selepas Daley Blind kembali ke pangkuan Ajax Amsterdam menerusi perpindahan berjumlah GBP14.1 juta (RM74 juta), kini tiga lagi nama pertahanan, Chris Smalling, Matteo Darmian dan Marcos Rojo, dilaporkan berpotensi untuk meninggalkan kem kendalian Mourinho.

Darmian telah menggamit perhatian Inter Milan, Napoli serta Benfica untuk mendapatkan khidmatnya sambil Smalling dikejar pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton Wanderers, dan Rojo dikatakan menjadi sasaran Paris Saint-Germain (PSG) serta Everton.
Persoalannya, jika nama-nama yang disebutkan di atas benar-benar meninggalkan Old Trafford, siapakah yang bakal menjadi pengganti buat mereka?
Setelah tamat aksi Piala Dunia 2018, persembahan memukau yang ditampilkan pemain England, Harry Maguire, dikatakan telah mencetuskan minat dalam diri Mourinho untuk mendapatkannya.
Bagaimanapun, majikan Maguire, Leicester City, dengan pantas menegaskan bahawa pemain yang memiliki ketinggian 1.94 meter itu merupakan teras utama dalam pasukan dan dia tidak akan dijual menerusi sebarang kos perpindahan.

Situasi itu membuatkan tumpuan United dalam memperkuatkan barisan belakang terarah kepada bintang Colombia yang baru sahaja menyertai Barcelona pada Januari lalu, Yerry Mina.
Mina, yang menandatangani kontrak selama lima tahun di Camp Nou pada awal tahun lalu, dilihat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak di Sepanyol, menyaksikannya hanya melakukan lima penampilan bersama juara LaLiga itu.
Namun, penampilan cemerlang yang dipamerkan ketika bersama Colombia di Russia baru-baru ini mungkin memberikan sedikit alasan untuk United berusaha mendapatkan kelibat pemain berusia 23 tahun itu.

Ketika ini, Mina dilaporkan telah bersetuju dengan terma peribadi di antara pihaknya dan The Red Devils, namun sama ada dia akan ke Old Trafford atau tidak, Mourinho hanya memiliki beberapa hari lagi untuk memastikan perpindahan itu menjadi satu realiti tatkala jendela perpindahan bakal tamat pada Khamis ini.