Selepas pencarian hampir dua bulan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), akhirnya menamakan Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau Nelo Vingada sebagai pengendali baru Harimau Malaya.
Vingada hadir dengan reputasi selaku jurulatih dengan 36 tahun pengalaman melatih pelbagai skuad remaja, senior kebangsaan serta kelab-kelab utama di Portugal, Asia dab juga Afrika.
24 Mei lalu, Vingada diperkenalkan secara rasmi kepada media Malaysia oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Apabila ditanya mengenai saingan kelayakan Piala Asia,..Vingada enggan menabur janji palsu namun memberi jaminan, pemain dibawah kendaliannya perlu sedia bekerja keras.
Vingada yang dikenali sebagai "The Professor" turut mempunyai rekod yang baik selaku jurulatih remaja dan senior kebangsaan .
Dia adalah penolong kepada Carlos Quiroez untuk skuad bawah 20 tahun Portugal yang menjuarai Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA pada tahun 1989 dan 1991.
Justeru, dia mempunyai pengalaman di peringkat akar umbi dan mampu mengesan pemain muda berbakat untuk diserapkan ke skuad senior negara.
Di peringkat senior, pengalaman mengendalikan Arab Saudi dan Jordan turut menguatkan kredibiliti Vingada.
Tidak dinafikan, Vingada bakal berdepan cabaran sukar mengendalikan skuad negara berdepan Korea Utara, Lubnan dan Hong Kong di Kumpulan B kelayakan Piala Asia.
Namun, Vingada akan dibantu antara jurulatih tempatan terbaik negara kini, Tan Cheng Hoe, jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz serta dua penolong pilihannya Joao Arnaldo Correira De Carlvalvo dan Francisco Bruno Da Casto.
Mungkin sedikit kelegaan apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekali lagi, menunda aksi Korea Utara-Malaysia ke 5 Oktober dari 8 Jun ekoran situasi terkini di semenanjung Korea.
Vingada kini boleh menumpukan perhatian untuk aksi berdepan Lubnan 13 Jun depan di Larkin, dengan mungkin merangka sekurang-kurangnya satu aksi persahabatan antarabangsa sebagai persiapan.
Apa pun, tiada jaminan Vingada mampu segera meningkatkan tahap skuad kebangsaan.
Rekod pencapaian Vingada dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini juga tidak begitu baik.
Namun,..untuk skuad kebangsaan berjaya, Vingada memerlukan sokongan semua pihak dan tidak kurang pentingnya bagi penulis,..sokongan daripada barisan pemain negara sendiri.
Jika pemain memberi komitmen yang baik kepada Vingada, mungkin falsafah bola sepak yang ingin diterapkan akan berjaya dijelmakan skuad negara dan sekaligus, mungkin kejayaan mampu diraih.
Apa pun, rasanya belum terlewat buat menulis mengucapkan "bem vindo" buat pengendali kebangsaan kita,..Nelo Vingada.