Ketika arena bola sepak Malaysia tertumpu terhadap perlawanan pertama Liga Malaysia 2020, Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM membuat satu pengumuman mengenai isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan PDRM.
Badan induk itu mengesahkan The Cops terlepas daripada hukuman pemotongan enam mata selepas berjaya mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai sebelum tarikh akhir kedua pada 28 Februari 2020.
Saya terus menghubungi pemain dan pegawai yang terbabit untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara berkenaan, sama ada betul atau tidak mereka sudah mencapai persetujuan bersama.
Apa yang saya boleh kongsikan, ada dua situasi membabitkan perkara berkenaan. Pertama, pemain yang diwakili oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia PFAM sudah mencapai persetujuan bersama.
Tetapi, pegawai membabitkan tiga jurulatih gagal mendapat persetujuan bersama dengan PDRM untuk menyelesaikan kemelut berkenaan. Salah seorang pegawai mendakwa ada perbincangan dibuat tetapi ia sekadar lisan dan tiada 'black & white'.
Difahamkan, pegawai terbabit menuntut pembayaran penuh berbanding pemain yang diwakili PFAM bersetuju dengan pembayaran secara berperingkat.
Pegawai terbabit terkejut apabila PDRM terlepas daripada hukuman tetapi dalam hal ini, PDRM sah terlepas daripada hukuman kedua oleh FAM.
Ini kerana mereka berjaya mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain walaupun tidak bersama pegawai kerana kenyataan itu menyebut ia perlu mendapat persetujuan bersama pemain atau pegawai.
Kini, tiga pegawai pasukan membabitkan kes mereka telah dibawa ke Jawatankuasa Status FAM dan akan didengar kesnya pada Selasa ini, 3 Mac 2020.