RENCANA
Belgium kuasa baharu dunia?
Belgium akan menduduki tangga teratas ranking FIFA dalam senarai terbaru selepas menewaskan Israel pada perlawanan terakhir kelayakan Euro 2016.
Perubahan ranking ini akan berlaku pada November di mana Belgium akan memintas pasukan nombor satu dunia ketika ini, Argentina dan Jerman yang menduduki tangga kedua, ini selepas kedua-dua pasukan tewas kepada Ecuador dan Ireland.
Belgium sebenarnya dianggap sebuah negara yang ada jurang pemisah kerana dipisahkan dengan rakyat yang berbahasa Perancis dan Belanda.
Iklan
Tetapi negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 11 juta orang ini bersatu dalam menyambut berita pasukan bola sepak kesayangan mereka kini di tangga kemuncak dunia – penghormatan julung kalinya buat mereka.
Pengiktirafan Belgium itu hadir ketika tamatnya pusingan kelayakan Euro 2016 yang turut menyaksikan kejutan apabila pasukan kegemaran ramai, Belanda gagal melayakkan diri ke Perancis tahun hadapan.
Adakah ini era baru? Situasi sama di Zon Amerika Selatan apabila Brazil dan Argentina masing-masing tewas baru-baru ini dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018? Pasukan seperti Chile, Ecuador dan juga Colombia semakin meningkat yang mungkin bermakna era penguasaan Brazil dan Argentina mungkin kian menuju penghujung?
Apa yang pasti, penguasaan negara-negara baru ini akan menjadikan kancah bola sepak antarabangsa lebih menarik dan siapa tahu dalam masa 10 atau 20 tahun lagi, peminat-peminat tidak lagi ingin menyarung jersi Belanda/Jerman/Sepanyol/Brazil tetapi akan memilih Belgium, Iceland, Chile...sesuatu yang tidak pernah difikirkan ketika ini.
Must-Watch Video