RENCANA
Belgium balas dendam
Skuad kendalian Roberto Martinez, Belgium yang juga merupakan pasukan nombor satu di dunia, berjaya menebus kembali kekalahan tewas 2-1 ditangan England pada Oktober lalu apabila menang 2-0 pada pertemuan yang berlangsung di Standium King Power, Brussels.
Jika pada perlawanan terdahulu untuk Liga 1 Kumpulan 2 Nation League menyaksikan gawang Belgium bolos dua kali hasil jaringan Marcus Rashford dan Mason Mount, kali ini gawang yang dikawal Thibaut Courtois berjaya memastikan tiada bola melepasi garisan gawang gol. Dua gol yang terhasil adalah menerusi rembatan padu Youri Tielemans dan sepakan percuma cantik Dries Mertens yang menyaksikan Jordan Pickford gagal menyelamtakan kedua-dua percubaan pemain lawan.
Roberto Martinez yang sebelum ini pernah bersama Everton pada 2016, memuji persembahan kualiti anak-anak buahnya kerana mampu beraksi cemerlang menentang antara pasukan terbaik di dunia, England. Dua gol awal yang dihasilkan berjaya memudahkan tugas para pemainnya untuk mengutip mata penuh dalam perlawanan ini. Martinez turut menghamburkan pujian buat pasukan England kerana memberikan tentangan sengit biarpun tanpa kehadiran Marcus Rashford, Harry Maguire dan Raheem Sterling dalam kesebelasan utama.
Iklan
Kekalahan tersebut menyaksikan England tewas dua kali dalam lima perlawanan terakhir mereka dengan hanya menduduki tempat ketiga dibelakang Belgium dan Denmark dengan hanya tujuh mata diperolehi. Ketiadaan Harry Maguire yang dilayangkan kad merah pada pertemuan dengan Denmark ternyata menyaksikan barisan pertahanan yang diterajui Kieran Trippier, Kyle Walker, Eric Dier, Tyrone Mings dan Ben Chillwel terpaksa bekerja keras menahan asakan tuan rumah yang dikepalai penyerang sensasi, Romero Lukaku.
Lebih menyedihkan, The Three Lions terpaksa akur kehilangan khidmat Jordan Henderson dan Raheem Sterling yang mengalami kecederaan. Henderson dikeluarkan pada minit ke 46 dan digantikan dengan Harry Winks manakala Raheem Sterling menarik diri dari skuad England ekoran kecederaan betis. kedua-dua pemain telah kembali ke pangkuan kelab masing-masing untuk menjalani rawatan lanjut agar sempat pulih sebelum saingan liga bermula semula.
Must-Watch Video