Skip to main content

Rencana

Belajar dengan Raatchasi

raatchasi.jpg
Saya menonton filem Tamil, Raatchasi, beberapa hari lalu atas saranan seorang jurulatih.

Beliau berkata pengajaran daripada filem itu dapat buka mata mengenai sistem pendidikan dan bagi saya, ada unsur sukan yang boleh diguna pakai.

Selepas dua jam - saya setuju dengan pendapat itu.

Ada adegan membabitkan pelajar dan guru pendidikan jasmani. Ia mirip dengan apa yang saya lalui ketika zaman persekolahan.

Guru hanya membiarkan pelajar melakukan aktiviti sendiri sambil beliau makan kacang rebus.

Namun, keadaan tiba-tiba berubah apabila pengetua melalui kawasan itu.

"Semua ikut cikgu!" jerit guru terbabit sambil mula memanaskan badan.

Pelajar seperti askar, mengikut arahan dan perkara itu disedari pengetua yang datang mendekati guru pendidikan jasmani itu.

"Ada tak cikgu menilai anda semua berdasarkan sukan berkumpulan?," soal pengetua kepada pelajar.

Semua menggelengkan kepala. Kemudian pengetua menyoal guru terbabit dengan tiga soalan yang gagal dijawab.



Pengajaran daripada filem itu:

1. Apa guru lakukan ketika subjek pendidikan jasmani di sekolah?

2. Adakah guru dan pelajar menganggap pendidikan jasmani sama penting seperti subjek lain?

3. Adakah pihak sekolah meraikan pelajar yang menang kejohanan peringkat zon, daerah, negeri sama seperti penghormatan kepada pelajar terbaik dalam akademik?

Kita sering bercakap mengenai atlet peringkat akar umbi. Inilah kumpulan itu.

Syabas diucapkan kepada guru yang dedikasi, bagi yang lain masih ada masa untuk penambahbaikan.

Advertisement

Must Watch Video