Skip to main content

Rencana

Bebas Covid-19, bebas lima Pemain

arsena;.jpg
Jika sebelum ini Arsenal dikejutkan dengan berita menyatakan pengurus, Mikel Arteta, didapati positif ujian Covid-19, kini semua peminat The Gunners mula menarik nafas lega.

Pengendali dari Sepanyol itu muncul selaku kes Covid-19 berprofil tinggi pertama dalam dunia bola sepak di England selepas disahkan positif wabak itu sehingga memaksa Arsenal menutup kem latihan London Colney.

Bagaimanapun, laporan Evening Standard menyatakan Arteta telah sembuh daripada jangkitan itu selepas disahkan sendiri oleh jurulatih itu dalam temu bual bersama stesen televisyen Sepanyol, La Sexta.

Justeru, dia kini dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk merangka semula sesi latihan yang dijangka bermula bulan depan, jika wabak Covid-19 telah pulih.

Namun, walaupun musim belum tamat, Arteta dilaporkan sudah mengenal pasti beberapa pemain The Gunners yang mahu dilepaskan bagi menghadapi kempen 2020-21.

Shkodran Mustafi, Sokratis Papasthathopoulos, Sead Kolosinac, Mohamed Elneny dan Henrikh Mkhitaryan merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal dilepaskan Arsenal.

Paling mencuri tumpuan semestinya Mustafi yang dilihat mula menyinar bersama The Gunners sejak Arteta mengambil-alih pasukan tetapi memandangkan benteng Arsenal jelas rapuh musim ini, dia terpaksa menelan kepahitan mungkin akan ditunjukkan jalan keluar.

Elneny dan Mkhitaryan bukan kejutan kerana mereka juga kini sedang dipinjamkan ke luar sambil masalah kecergasan yang sering dihadapi Kolosinac membuatkan Kieran Tierney dan Bukayo Saka cenderung menjadi pilihan Arteta.

Soalnya, siapa yang akan Arsenal bawa masuk?

Advertisement

Must Watch Video