Isu atlet negara lewat tiba di Semarang, Indonesia, untuk menyertai Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) antara pengalaman baru untuk jaguh dalam pembikinan.
Majoriti atlet negara tiba tidak sampai 24 jam sebelum memulakan cabaran Jumaat ini yang membabitkan sembilan jenis sukan.
Berdasarkan sains sukan, tempoh itu tidak cukup untuk atlet mendapat rehat yang cukup selain terlepas peluang menguji gelanggang.
Namun, dalam perjalanan bergelar atlet senior kebangsaan - inilah cabaran yang perlu ditempuh.
Ada atlet senior yang pernah tiba lebih lewat dalam temasya lebih besar, hilang peralatan atau masalah peribadi beberapa jam sebelum bertanding. Tetapi, ada yang tetap meneruskan cabaran dan berjaya capai sasaran mereka.
Ini proses dan pengalaman yang penting. Bukan semua yang indah-indah saja.
Mungkin atlet berusia bawah 18 tahun ini kagum melihat bintang sukan negara seperti Azizulhasni Awang, Pandelela Rinong atau Khairul Anuar Mohamad cemerlang di pentas dunia.
Tetapi, adakah mereka tahu ujian yang terpaksa bintang-bintang itu tempuh sejak lebih sedekad lalu?
Jadi, masalah lewat tiba di Semarang baru ujian pertama.
Banyak lagi yang akan mereka hadapi.
Semangat mesti kuat.
Moga sasaran 24 pingat emas dan mempertahankan gelaran juara keseluruhan tercapai!