Ada taufan yang baru melanda Camp Nou. Berlawanan dengan sejarah yang mencatatkan Taufan Vince (2005) dan Taufan Alpha (2020) yang pernah menyinggahi Sepanyol, taufan terbaru ini bernama Kylian Mbappe.
Bintang antarabangsa Perancis itu membelah barisan Barcelona umpama ribut ganas untuk meninggalkan ingatan berkekalan hingga skuad bimbingan Ronald Koeman itu bingung dengan kekalahan 1-4 dalam peringkat pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Kesudahannya, Barcelona kini di ambang kegagalan cabaran sulung di peringkat kalah mati buat kali pertama sejak musim 2007/08 dan sekali lagi mereka diaibkan di peringkat Eropah selepas dimalukan di Rome, Liverpool, Turin dan Lisbon sepanjang beberapa musim kebelakangan.
Seperti sedia diakui oleh Koeman, mereka tunduk kepada pasukan yang jauh lebih baik.
Cuma, Paris Saint-Germain (PSG) tidak pun menampilkan kesebelasan terbaiknya tanpa Neymar dan Angel di Maria dalam kunjungan kali ini – cukup membuatkan Barca berasakan kekalahannya jauh lebih perit.
.jpg)
Seperti dirumuskan akhbar harian sukan Sepanyol, MARCA, Mbappe tidak pun mampu disekat sambil Marco Verratti memberi sumbangan amat cemerlang dari bahagian tengah.
“Malam buat Mbappe jauh amat berlawanan dengan Lionel Messi – di sebalik menjaringkan satu sepakan penalti, dia hampir tidak terbabit langsung dan tidak banyak mendapat bola di kawasan PSG,” kata akhbar itu lagi.
Penyerang Perancis berusia 22 tahun itu melakukan semahu-mahunya hingga skuad Catalan itu tiada jawapan untuk mengekangnya.
Jaringan pertamanya selepas penalti Messi meletakkan Barca di depan pada minit ke-27, menyerlahkan kawalan kemas, gol keduanya menyaksikan dia berkedudukan amat tepat manakala jaringan ketiganya pula amat klinikal menewaskan salah seorang penjaga gol terbaik dunia, Marc-Andre ter Stegen.
Kekalahan terbaru ini harus terus menjarakkan lagi Messi dengan Camp Nou, dengan saingan awal pagi tadi mungkin aksi Liga Juara-Juara yang terakhir buatnya untuk Barcelona.
Anehnya, PSG mungkin menjadi antara destinasi berikutnya buat Messi tapi apakah kelab ibu kota Perancis itu mahukannya jika terpaksa melepaskan Mbappe bagi menampung biaya.

Menyorot kembali perlawanan awal pagi tadi, keputusannya barangkali berbeza jika Ousmane Dembele mampu memanfaatkan peluang terbuka selepas gol pendahuluan Messi itu.
Dia hanya berhadapan Keylor Navas untuk ditewaskan tapi sepakan lemahnya mudah digagalkan penjaga gol antarabangsa Costa Rica itu.
Tambah memeningkan buat Koeman ialah kembalinya Gerard Pique daripada kecederaan selepas tiga bulan tapi dia tidak pun memberikan apa-apa perbezaan dan harus lebih diingati kerana pertengkarannya dengan rakan sepasukan, Antoine Griezmann.
Kehambaran Barca sekadar membuka seluas-luasnya ruang dan peluang untuk Mbappe menjadikannya sebagai pertunjukan solonya sendiri dengan mempesonakan hasil kelajuan, kemahiran dan kekuatan yang bertepatan dihadiahkan hatrik.
Barangkali ia harus mencukupi untuk menjadikan perlawanan timbal balik di Paris bulan depan – aksi terakhir Messi dalam jersi Blaugrana di peringkat Eropah – tidak lebih sebagai perlawanan perpisahan awal buat kapten Argentina itu.