Itulah perumpamaan yang sesuai untuk dikaitkan dengan prestasi pemain badminton remaja negara, Muhammad Fazriq Mohd Razif yang namanya mula menjadi bualan peminat badminton tanah air.
Selain itu, tentunya dia mendapat perhatian kerana merupakan anak kepada legenda badminton negara.
Peminat-peminat badminton atau penggemar siri televisyen Anak-Anak Sidek, pasti mengenali Datuk Razif Sidek yang juga memegang watak sebagai Ajib, seorang yang kuat mengadu kepada ayahnya tentang Bun (Misbun), Alan (Jalani) dan Aman (Rahman).
Fazriq dikaitkan sebagai penyambung legasi Sidek dalam arena badminton negara dan menjadi tumpuan ketika ini selepas melebarkan sayapnya ke Jepun, mengungguli kejuaraan dalam Kejohanan Jemputan Shonai B15 tahun, hujung minggu lalu.
Beberapa hari kemudian, pemain muda berusia 15 tahun ini memasang misi menempah nama di Kejohanan Grand Prix Final Sirkit Remaja Kebangsaan 2019 dan berjaya menamatkan saingan sebagai juara dalam kategori perseorangan dan beregu B16 tahun.
Apa yang buat saya tertarik dengan bekas peserta Kem Badminton Astro Kasih 2015 dan 2016 ini ialah corak permainannya yang pantas untuk menumpaskan pihak lawan dalam tempoh yang singkat.
Terpantas, Fazriq menamatkan perlawanan hanya dalam tempoh 21 minit pada pusingan ketiga kejohanan ini dalam acara beregu bersama gandingannya, Hoh Shou Wei ketika menang ke atas pasangan Perak, Edward Cheong Yan-Chun Zhen Thai 21-17, 21-12.
Selain itu, Fazriq hampir merekodkan kemenangan straight set pada setiap saingan namun terpaksa bekerja keras dalam aksi suku akhir acara perseorangan setelah ditewaskan di set pertama oleh wakil Selangor, Mohd Haris Sufian Rushdan, 19-21, 21-17, 21-19.
Pada hari ketiga kejohanan, Fazriq terpaksa bertarung dalam tiga saingan, iaitu di peringkat suku akhir dan separuh akhir perseorangan juga separuh akhir kategori beregu.
Dan dia tetap mengekalkan momentum serta prestasi yang baik.
Semangat itu juga hadir apabila ibu dan bapanya tidak putus memberi dorongan dan motivasi setiap hari apatah lagi ibunya hadir dalam keadaan bertongkat bagi memastikan anaknya tetap mendapat sokongan.
Selepas Fazriq membuktikan kebolehannya dalam aksi perseorangan dan beregu, pasti ada yang tertanya sama ada pemain muda berbakat besar itu mahu menggantikan Datuk Lee Chong Wei mahupun megikut jejak langkah bapanya yang pernah merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Sepanyol 1992 menerusi acara beregu.
Apabila ditanya kepada bapanya, Razif enggan menentukan masa depan anaknya malah mahu memberi pendedahan untuknya meraih pengalaman dalam kedua-dua acara sehingga dia membuat keputusan sendiri pada masa akan datang.
Dalam masa sama, perkembangan Fazriq turut menarik perhatian ketua jurulatih skuad remaja negara, Kwan Yoke Meng, dan pengendali skuad B15 kebangsaan, Hafiz Hashim.
"Sekarang terlalu awal untuk tentukan dia beraksi dalam perseorangan atau beregu. Saya rasa apabila dia memasuki usia 16 atau 17 tahun, ia boleh ditentukan".
"Fazriq seorang pemain yang bagus secara keseluruhan, bagus dalam pertahanan dan serangan balas. Sebab itu lawan sukar mengawalnya," jelas Yoke Meng.
"Kalau dilihat, Fazriq memang pemain berpotensi. Dia sangat berdisiplin dan komited. Saya harap beberapa tahun lagi, saya akan dapat melihatnya maju ke depan, terutama di peringkat antarabangsa," tambah Hafiz.
Saya mengucapkan selamat berjaya kepada Fazriq yang bakal menghadapi Kejohanan Remaja Asia di China, pada 20 Julai ini.