Siapa tidak mahu lihat Malaysia ke Piala Dunia? Seluruh rakyat Malaysia pasti mahukannya. Namun, kita hanya boleh bermimpi sahaja mengenai impian itu!
Bola sepak negara hanya menabur janji palsu dan kecewanya sudah pasti kita rakyat Malaysia. "Nak ke Piala Asia pun payah, apatah lagi la ke Piala Dunia", luahan seorang peminat.
Apa boleh buat, itu sahaja yang kita mampu. Tetapi, peminat terus setia dengan bola sepak, langsung tidak nampak mereka sudah bosan dengan bola sepak negara.
Penulis cukup puji dengan keprihatinan peminat terhadap bola sepak negara walaupun ada beberapa perkara agak menjengkelkan.
Apa yang pasti menjadi mangsa dalam situasi ini adalah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Teruk dihentam, itu tidak kena ini tidak kena susulan siri kekalahan skuad kebangsaan.
Pada hemat penulis, mungkin badan induk itu perlu mengubah cara dengan memberi tumpuan seimbang bola sepak dan futsal.
Kenapa futsal? Futsal la sebenarnya mampu menjadikan impian rakyat Malaysia menjadi kenyataan. Futsal pun macam bola sepak apa.
Namun apa yang berlaku di negara ini, futsal masih dianaktirikan. Tiada liputan diberikan, tiada pembangunan di peringkat akar umbi, tiada liga profesional dan untuk skuad kebangsaan, tidak banyak pendedahan antarabangsa diberikan!
Namun, saya memberi kredit kepada skuad futsal negara. Mereka ini seolah pejuang sukan futsal. Main kerana komuniti futsal.
Hasilnya, ranking dunia futsal negara lebih hebat daripada bola sepak, baru-baru ini melonjak 15 anak tangga dari kedudukan ke-74 ke 59.
Bayangkan Vietnam pun boleh masuk Piala Dunia, tak kan Malaysia tak boleh. Malaysia boleh! itukan slogan yang kita selalu laungkan.
Skuad futsal negara kini berada di Vietnam untuk menghadapi kejohanan Futsal AFF 2017 yang juga kelayakan ke kejohanan Futsal AFC. Ia merupakan langkah pertama skuad futsal negara untuk mengintai tempat ke Piala Dunia.
Bukan misi mustahil, tapi dengan sokongan yang diberikan mungkin ia sukar untuk dilakukan. Jadi, adalah lebih baik sukan ini diberi tumpuan khusus oleh semua pihak yang bertanggungjawab selepas ini daripada 'pening kepala' dengan bola sepak.
Perkara utama yang perlu dilakukan wujudkan liga profesional di mana ketika ini status liga untuk musim depan juga pun masih menjadi tanda tanya.
Bantu futsal, Malaysia ke Piala Dunia!