Skip to main content

Rencana

Bangkit macam Rocky, Jin Wei!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

121116-goh-jin-wei.jpg
BANGKIT KEMBALI! Satu ungkapan dalam dunia sukan walaupun dalam bentuk fiksyen yang tidak pernah gagal menawarkan saya semangat adalah filem peninju “Underdog” terulung sepanjang zaman Rocky Balboa.

Sepanjang tujuh pengembaraan filem ini, Rocky sering bersandar kepada kepercayaan “Tidak kira berapa kali kehidupan menguji anda,anda perlu bangkit dan meneruskan perjuangan”.

Pada usia 16 tahun dan di kemuncak pentas remaja dunia, kekalahan dan kegagalan adalah pengajaran yang pahit buat permata badminton negara, Goh Jin Wei susulan kekecewaan tidak berupaya mempertahankan kejuaraan di Bilbao Sepanyol.

Perkongsian ini yang terselindung disebalik laporan kecederaan yang meragut impian Jin Wei untuk mempertahankan Kejuaraan Remaja Dunia seperti Ratchanok Intanon dari Thailand dan Akane Yamaguchi, dari Jepun sebelumnya.

Sejurus selepas perlawanan,Jin Wei terus meluru keluar daripada gelanggang,menghempas beg peralatan di atas lantai dan menuju pantas di perkarangan Bilbao Arena bersama salah satu raketnya.

Pada waktu itu saya tidak tergamak mengekori dia kerana saya tahu,Jin Wei atau sesiapa sahaja dalam kedudukan dia perlukan ruang untuk melampiaskan emosi dalam kekecewaan.

Selang beberapa minit,saya di satu sudut melihat Jin Wei kembali ke ruang memanas badan,bersama raket yang hancur, melambangkan betapa remuknya hati jaguh remaja Malaysia ini.

Ketika itu juga saya sedar,Jin Wei tidak mudah menerima kekalahan dan itulah perwatakan sebenar sang juara disebalik linangan air mata, yang kadang kala buat kita lupa dia masih berusia belasan tahun.

Seperti Rocky,tanpa sebarang keraguan saya percaya Jin Wei akan kembali bangkit meneruskan perjuangan bukan sahaja mendominasi pentas remaja dunia tetapi memenuhi potensi sebagai Juara Dunia dalam pembikinan.

Advertisement

Must Watch Video