Tertipu dengan Gareth Bale yang mendakwa tidak sihat – sebaliknya pergi bermain golf – Zinedine Zidane kini memberi bayangan terhadap nasib pemain sayap itu apabila musim baru LaLiga bermula kira-kira seminggu lagi.
Buat kali kedua berturut-turut, Bale ditinggalkan dalam perlawanan pramusim menentang Red Bull Salzburg di bandaraya Austria itu awal pagi tadi, yang dimenangi Real 1-0 hasil jaringan sulung Eden Hazard sejak perpindahannya daripada Chelsea.
Turut ditinggalkan ketika berdepan Tottenham dalam perlawanan Piala Audi seminggu lalu, Bale yang memberi alasan tidak sihat untuk mengelak mengikuti rombongan ke Munich ketika itu, menimbulkan kemarahan pengurusnya apabila didedahkan akhbar pergi bermain golf bersama rakan-rakannya di Ciudad Grupo Santander hampir sewaktu dengan pasukannya ditundukkan 1-0.

Setakat ini, dia hanya beraksi dalam dua daripada lima perlawanan pramusim buat Real, itupun selaku pemain gantian ketika menghadapi Arsenal and Atletico Madrid, di samping diketepikan untuk tiga perlawanan berturut-turut selepas itu.
Ia sekadar mengukuhkan lagi kenyataan Zidane bahawa pemain antarabangsa Wales itu tiada lagi dalam perancangannya sambil dia berusaha membina semula pasukan daripada ketiadaan sebarang trofi sepanjang musim 2018/19.
Lebih daripada itu, Bale dilihat sebagai batu penghalang kerana kegagalannya untuk berpindah sambil Real – sudah melaburkan €300 juta (RM1.4 bilion) bagi mendatangkan Hazard, Luka Jovic, Ferland Mendy, Rodrygo dan Eder Militao – masih berura-ura untuk menambah sama ada Paul Pogba, Christian Eriksen atau Donny van de Beek dalam senarainya.
Dalam pada itu, Bale yang masih memiliki kontrak sehingga 2022 dengan gaji sekitar €18 juta (RM85j) setahun, tidak perlu terburu-buru untuk angkat kaki selepas perpindahannya ke kelab Liga Super China (CSL), Jiangsu Suning, digagalkan pada saat-saat akhir, penghujung bulan lalu.
Dengan jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditutup hari ini (12 tengah malam ini waktu Malaysia), sebarang harapannya untuk menyertai sama ada Manchester United atau Tottenham harus sudah tertutup sama.
Apa yang tinggal barangkali ke liga Eropah yang lain – tarikh tutup jendela perpindahannya ialah 9 September depan – dengan Bayern Munich dikatakan berminat terhadap khidmatnya bagi menggantikan kehilangan dua pemain sayap, Franck Ribery dan Arjen Robben, akhir musim lalu.

Bale masih mempunyai sedikit masa untuk itu berlaku, apatah lagi jika juara Bundesliga itu gagal mendapatkan Leroy Sane yang diletakkan tanda harga £145 juta (RM742j) oleh Manchester City.
Namun, setipis manapun peluangnya untuk berpindah, tipis lagi peluangnya untuk mendapat minit-minit beraksi di bawah pengendalian Zidane.
Pengurus itu dilihat sudah serik dengan Bale yang dirasakan langsung tidak menghormatinya, apatah lagi ejen pemain itu, Jonathan Barnett, yang sebelumnya menggelar Zidane “seorang yang memalukan”.
Sehingga sebarang perpindahan berlaku – tidak berkemungkinan dalam waktu terdekat ini – Bale hanya perlu menghadiri latihan dan duduk di bangku simpanan ketika perlawanan untuk menikmati gaji £600,000 (RM3.07j) seminggu selagi kontraknya masih berjalan.
Selebihnya, dia bebas untuk bermain golf semahu-mahunya dalam menurunkan handikap 5 miliknya ketika ini.
Dan buat Zidane, Bale jelas bukan satu-satunya masalah ketika ini.