Tamat sudah episod malang Gareth Bale bersama Real Madrid sekurang-kurangnya buat semusim berikut ini.
Kata orang, kalau pangkalnya manis tapi hujungnya pahit, maka kepahitan itulah yang akan lebih kekal dirasakan.
Selepas tujuh tahun di ibu kota Sepanyol itu, Bale sudah menjejakkan kaki – kaki kirinya saja diinsuranskan bernilai £100 juta (RM531.45 juta) – di ibu kota England semalam untuk tempoh pinjaman semusim bersama Tottenham Hotspur dengan perjanjian bernilai £20 juta (RM106 juta).
Pelepasan dan ketibaannya dengan menaiki jet peribadi kiriman pengerusi Spurs, Daniel Levy, menerbitkan dua suasana yang berlawanan – kegirangan penyokong Los Blancos untuk melihatnya pergi dan kegembiraan penyokong Spurs menyambut ketibaannya umpama adiwira.
Akhbar Sepanyol, AS, semalam memaparkan di muka depannya imej kegembiraan seorang penyokong Real Madrid bersebelahan Bale yang sedang memandu keluar, dengan kapsyen: “Daripada petualang kepada wira.”
Sumbangan Bale dalam membantu Los Blancos meraih empat pingat juara Liga Juara-Juara serta dua pingat juara LaLiga, tidak lagi dikenang. Tidak juga larian kencangnya di bahagian sayap serta gol-gol dramatiknya.

Akhbar harian sukan Sepanyol, Marca, pula memaparkan tajuk “Semuanya kini milik anda” berserta foto pengurus Tottenham, Jose Mourinho, yang tersenyum bersama Bale dengan lengkapnya satu perpindahan sementara.
Sesudah kerap dikritik gara-gara rekod kecergasannya di Real Madrid yang sering dipersoalkan sejak beberapa musim terakhir, Spurs pastinya akan berharap masalah lutut yang dialami dalam perlawanan Liga Negara-Negara menentang Bulgaria (6 Sept) tidak akan mengetepikan Bale terlalu lama.
Akhbar Daily Mail mendedahkan perjanjian membabitkan Bale akan turut memerlukan Spurs membayar gajinya sebanyak £13 juta (RM69 juta) dan tidak termasuk opsyen untuk membelinya secara kekal. Dalam pada itu, kelab itu mempunyai pilihan melanjutkan peminjamannya setahun lagi.
Semalam, Bale, seorang yang taksub dengan golf, dilaporkan sudah menempah untuk bermain golf dengan Levy, barangkali buat kali terakhir dalam tempoh sebulan berikut ini.
Ini kerana Spurs, dalam menyediakan rancangan pemulihan buat pemain itu, telah mengatur program intensif untuk dia kembali ke kemuncak keupayaannya semula sambil diharapkan cergas untuk kunjungan ke Manchester United pada 3 Oktober ini.

Namun, di sebaliknya penyokong Real Madrid gembira melihatnya pergi, kelab itu menetapkan syarat dengan klausa membelinya balik pada nilai £36.5 juta (RM194 juta) yang boleh diaktifkan dalam tempoh dua tahun berikut.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez, enggan berganjak daripada pilihan untuk membawa balik Bale ke Santiago Bernabeu musim depan di sebalik hubungan renggang pemain itu dengan pengurus, Zinedine Zidane.
Perez sebenarnya masih belum hilang keyakinan untuk Bale kembali menyerlah dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), lantas dia membiarkan pintu kekal terbuka untuk kemungkinan pemain itu kembali musim depan.