Ada kalanya seorang pengurus atau ketua jurulatih bertaraf dunia juga boleh melakukan kesilapan dalam menilai potensi seseorang pemain.
Kapten dan tonggak tengah Liverpool, Jordan Henderson adalah salah seorang pemain yang boleh dikatakan dalam kategori tersebut.
Ketika mula mencipta nama sebagai pemain muda bersama Sunderland (2008-2011), bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson pernah menghantar peninjau bakat kelab itu untuk memantau perkembangan Henderson.
Bekas pengurus Sunderland, Steve Bruce yang juga bekas pemain United sendiri mencadangkan Henderson buat Ferguson.
Namun, dalam biografinya, Ferguson mendedahkan beliau tidak meneruskan usaha membeli Henderson adalah kerana cara pemain itu berlari yang sedikit aneh untuk seorang pemain di era bola sepak moden.
Ternyata ia kerugian buat United dan keuntungan buat seteru utama mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool yang mendapatkan khidmat pemain itu pada 2011.
Tanggal 9 Jun lalu adalah genap sembilan tahun pemain kelahiran Sunderland ini menyertai The Reds.
Bersama Liverpool, Henderson bermain di bawah kendalian Kenny Daglish, Brendan Rodgers dan kini Jurgen Klopp.
Di bawah kendalian Klopp, Henderson tampak lebih menonjol dan menyinar dan kini, bakal menjadi kapten pertama Liverpool untuk menjulang kejuaraan EPL.
Jika dilihat kepada corak permainannya, Henderson adalah seorang pemain tengah “box to box” dan ada kalanya digunakan sebagai seorang pemain tengah bertahan.
Henderson juga seorang pemain tengah yang berbeza daripada bekas kapten legenda Liverpool, Steven Gerrard.
Gerrard seorang pemain tengah berbakat dan kapten berkarisma yang kerap mampu meraih gol penting buat pasukannya, manakala Henderson lebih dikenali sebagai pemain yang rajin.
Namun pembelian pemain tengah Brazil, Fabinho pada 2018 tampak membolehkan Henderson mengisi peranan yang lebih menyerang bersama Giorgino Wijnaldum atau Alex Oxlade-Chamberlain di bahagian tengah Liverpool.
Setakat ini, Henderson sudah merasai kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, Piala Kelab Dunia FIFA serta turut membantu England meraih tempat keempat di Piala Dunia 2018 Russia serta tempat ketiga Liga Negara-Negara UEFA 2019.
Bagi penulis inilah antara keindahan bola sepak, ia sukar dijangka sama ada daripada keputusan perlawanan atau pun hala tuju kerjaya seseorang pemain itu.
Siapa sangka seorang pemain tengah yang dianggap sederhana potensinya pada usia muda, kini bakal menjadi kapten kepada barisan terbaik Liverpool di era bola sepak moden.

Game of Firsts with Jordan Henderson! The Liverpool skipper reveals everything! pic.twitter.com/ZpWtgJTMt5
— Stadium Astro (@stadiumastro) May 24, 2020