"Baik satu mata daripada langsung tak ada." Mungkin itu kata-kata yang diungkapkan oleh penyokong Liverpool dan juga penyokong Manchester United, setelah menyaksikan kedua-dua pasukan kesayangan mereka seri tanpa sebarang gol di Anfield awal minggu ini.
Mungkin juga tidak.
Rata-rata ramai yang memberi ramalan masing-masing di laman media sosial sebelum perlawanan berlangsung. Ada yang kata Liverpool bakal membelasah Manchester United. Ada pula yang mengatakan sebaliknya. Tidak kurang juga ramai yang menyangka keputusan seri bakal diperoleh, namun bukanlah seri 0-0.
Wah!
Semua lantang menyuarakan pendapat – sampai kalah Abbas Saad di Astro Supersport!
Namun, selepas 90 minit berlalu, ramai yang nyata kecewa dengan keputusan perlawanan.
Mestilah….
Result tidak sehebat hype yang berminggu-minggu telah tercetus. Ada yang menyamakan perlawanan itu dengan filem blockbuster tipikal Hollywood; digembar-gemburkan bagai nak rak, tapi bila dah ditayangkan….tak adalah sehebat mana.
Jadi, tidak boleh kita nak salahkan peminat berasa sedikit terkilan (ada juga yang terus kata BOSAAAAAAN di Twitter, ada juga yang ‘menyesal tak tidur semata-mata nak tengok game bosan’, dan tidak terkecuali juga mereka yang kata ‘tak berbaloi!!!!!!’).
Iyalah, peminat dah cukup excited nak tengok action, nak tengok drama.
Fans Liverpool kecewa tidak dapat meraih tiga mata di laman sendiri.
Fans Manchester United pula malu melihat possession 35%.
Sementara penyokong Liverpool dan Manchester United masih mencuba untuk move on daripada perlawanan tersebut, Manchester City pula masih gah di persada liga, walaupun terikat satu sama dengan Everton pada perlawanan terakhir.
But then again, Everton kini di tangga keenam, Manchester United hanyalah penghuni tangga ketujuh.