Peminat Formula 1 pastinya tidak akan melupakan detik manis dan kenangan yang terpahat pada penganjuran terakhir Malaysia pada 1 Oktober lalu dimana rata-rata pengunjung tempatan yang hadir ke Sepang merasa puas dan bangga dengan keseluruhan penganjuran kali ini.
Maka, apa keterujaan yang menanti edisi ke-72 Formula 1 jika peluang menyaksikan pemandu handalan dunia bersaing di litar kebanggaan kita sudah terkubur? Jawapannya ada pada cabaran 3 perlumbaan berturut-turut yang kali pertama berlaku dalam kalendar sukan termahal dunia ini dan ia mungkin sahaja menjadi kayu pengukur kepada kejayaan atau kemerosotan prestasi seseorang pemandu atau pengeluar musim depan.
Grand Prix Perancis, Grand Prix Austria dan Grand Prix Britain akan menghiasi hujung minggu peminat Formula 1 bermula pada 24 Jun sehingga 8 Julai. Ya, Perancis kembali menganjurkan sukan berprestij ini selepas kali terakhir pada 2008 dan bukan itu sahaja, perlumbaan ini juga akan kembali mendapat khidmat Litar Paul Richard yang kali terakhir menghiasi kalendar pada 1990.
Jadi bagaimana musim ini boleh menjadi 21 perlumbaan? Jangan lupa kepada Jerman yang mengambil keputusan berehat semusim sahaja sebagai penganjur. Nah, ada tak yang berangan perkara sama bakal berlaku buat Litar Antarabangsa Sepang? Mestilah ada kerana semua rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan Formula 1 dan merupakan antara negara yang konsisten dalam penganjuran sukan ini sejak 1999.
Perubahan peraturan juga seringkali berlaku setiap kali bertukarnya musim. Berita baiknya, pada musim 2018 nanti, sistem penalti yang sebelum ini mendapat kritikan ramai pihak akan ditambah baik FIA yang memandang serius perkara ini.
Selain ujian pra musim yang dikurangkan kepada 7 hari, peraturan mengenakan sarung tangan dengan pengesan biometrik dilihat cukup baik kerana mampu mempercepatkan bantuan diberikan kepada para pemandu yang terbabit dalam kemalangan.
Walaupun perlu menanti sehingga Mac 2018, pengikut setia Formula 1 pastinya sudah tidak sabar menantikan musim baharu sekali lagi dibuka oleh Australia. Dalam masa sama, kita juga ternantikan apa kelainan yang bakal dipersembahkan di Melbourne, tatkala Gold Coast sibuk dengan persiapan terakhir menantikan kunjungan negara-negara Komanwel pada April.