Sukan merupakan platform untuk gaya hidup sihat dan perpaduan terutama untuk negara berbilang kaum, Malaysia.
Badminton merupakan salah satu sukan paling popular dan kebanyakan rakyat Malaysia gemar bermain badminton.
Baru-baru ini satu program badminton dijalankan bukan sahaja untuk mencungkil bakat baru namun untuk mendekati komuniti serta memberi pendedahan kepada pembangunan diri kepada para peserta.
Bekas pemain kebangsaaan, Jason Wong yang kini bersama J World Sports mempunyai idea yang kreatif dalam mengimbangi sukan badminton secara kompetitif mahupun fokus kepada keprihatianan masyarakat.
Dengan bantuan para penaja antaranya Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, 3 daripada 7 program adalah untuk menhargai masyarakat kurang mampu dan istimewa.
Program pertama bermula 24 Mei lalu di mana kanak-kanak autistik dari
The National Autism Society of Malaysia (NASOM) diberi peluang mempelajari teknik betul bermain badminton dengan fokus kepada koordinasi dan reaksi para peserta.
Selain itu program badminton untuk komuniti orang asli dan kurang mampu serta komuniti berumur 50 hingga 70 tahun juga dijalankan dengan jayanya.
Objektif untuk melihat komuniti sukan terutamanya para pemain elit negara aktif menyalurkan tenaga dan berkongsi pengalaman dalam program sudah pasti dapat memberi inspirasi kepada lebih kurang 800 peserta dalam program ini.
Idola kepada kebanyakan kanak-kanak terutama pemain badminton iaitu Iskandar Zulkarnain, Tan Wee Kiong, Goh Jin Wei dan Vivian Hoo akan meluangkan masa bersama komuniti di Karnival Sukan di Champion Arena, Kayu Ara pada 10 Disember ini.
Anda dijemput hadir untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti menarik yang akan disediakan.
Pada bulan November ini kursus badminton dan kem bina semangat dan kepimpinan akan dijalankan dan lebih menarik kejohanan badminton media akan berlangsung pada 28 dan 29 Oktober di mana pasukan badminton Astro yang baharu sahaja menjuarai Kejohanan Media Piala Datuk Theng Book bulan lalu dilihat antara pasukan pilihan.
Apa yang pasti, dengan adanya program sebegini lebih ramai bakat baharu badminton dapat diketengahkan dan ia juga dapat mempromosi gaya hidup aktif dalam masyarakat Malaysia yang bersatu padu.