Ketika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkira-kira mengenai tempoh mencari pengganti bekas jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei - wujud persoalan lebih besar, siapakah harapan terbaik memburu pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020?
Sama ada lima, 10 atau 15 tahun, apa yang lebih penting kita hanya mempunyai tempoh 13 bulan lagi menjelang Sukan Olimpik Tokyo.
Lupakan pencapaian hebat empat pingat perak dan satu gangsa dalam Sukan Olimpik Rio 2016 kerana saya akui bahawa persiapan Sukan Olimpik Tokyo tidak sehebat empat tahun lalu.
Apa yang lebih menonjol?
Chong Wei bersara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying meninggalkan BAM, Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong 'berpisah' sejak tahun lalu.
Realitinya, mereka semua penyumbang pingat perak dalam Sukan Olimpik Rio.
Apa yang tinggal cuma Azizulhasni Awang, masih kekal kompetitif raih pingat di Siri Piala Dunia, Kejohanan Trek Asia dan Sukan Asia.
Pemenang gangsa Sukan Olimpik Rio ini sedar tugas makin berat apabila Chong Wei bersara.
"Ini satu tanggungjawab besar untuk saya dan skuad basikal trek. Kami akan berusaha keras bagi memastikan impian ini (emas Olimpik) dicapai dan saya harap rakyat Malaysia doakan kami".
"Ketiadaan Chong Wei meninggalkan kekosongan yang besar. Chong Wei tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Saya doakan beliau pulih sepenuhnya untuk bersama keluarga".
"Kami akan galas tugas ini (emas Olimpik)," kata Azizul.
Ketika ini, dia sedang berlatih di Melbourne, Australia, bersama-sama Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis yang memburu tiket acara pecut berpasukan lelaki dalam Sukan Olimpik Tokyo.
Ketika ini, Malaysia menghuni ranking ke-14 kelayakan Sukan Olimpik untuk acara itu.
Bagi saingan individu, Azizul berpeluang cerah layak apabila Malaysia menghuni ranking kelima acara keirin selain pecut individu (14).
"Banyak tugas perlu dilakukan. Masih ada satu musim lagi untuk diharungi bagi mengumpul mata kelayakan Olimpik. Mahu atau tidak, seseorang perlu menggantikan Chong Wei," katanya.