Melaka United dilihat serius mahu mengembalikan sinar keceriaan kepada penyokong-penyokong tegar mereka menjelang kempen 2018 selepas bergelut untuk ‘bernafas’ pada saingan musim lepas.
Musim 2017 tidak boleh dianggap kempen gemilang buat Melaka United walaupun berjaya kekal beraksi dalam saingan Liga Super untuk musim ini jika diukur kepada usaha, perancangan serta pelaburan besar dilakukan.
Namun, kekal dalam Liga Super untuk musim 2018 boleh disifatkan sebagai satu kejayaan manis buat Melaka United selepas terlalu lama berada dalam liga bawahan iaitu Liga FAM dan Liga Perdana.
Rentetan kejayaan berjaya dikecapi oleh Melaka United dalam tempoh singkat bermula dengan menjuarai Piala FAM musim 2015 sebelum menjulang gelaran Liga Perdana pada tahun seterusnya.
Sebagai pemerhati sukan tanah air, malah merupakan anak jati Melaka berasal dari Banda Kaba, saya turut terkesan melihat aksi ‘yo-yo’ dipamerkan pada penyertaan mereka dalam aksi Liga Super musim lalu.
Pada masa sama, Melaka United tidak boleh cepat berpuas hati dengan pencapaian kekal berada dalam liga elit negara kerana mereka sepatutnya meletakkan sasaran lebih tinggi dengan menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.
Apa yang Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) lakukan pada jendela perpindahan pemain musim ini dilihat cukup positif bagi memastikan imej Melaka United kembali digeruni dan tidak sekadar menjadi pelengkap Liga Super.
Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh mereka mungkin dengan melantik Eric Williams sebagai pengendali tahun lalu sebelum beliau ‘direhatkan’ pada pertengahan musim.
Penggantinya, Eduardo Almeida dari Portugal dilihat lebih mudah menyesuaikan diri dengan corak liga tempatan dan barisan pemain juga sangat selesa dengan falsafah yang diterapkannya.
Saya tidak terkejut apabila beberapa nama besar bola sepak negara berminat menyertai projek Melaka United seperti S. Chanturu, R. Gopinathan, Fakri Saarani serta penjaga gol berpengalaman, Mohd. Zamir Selamat.
Kelima-lima tonggak import yang dipilih musim ini juga bukan ‘tangkap muat’ dan memiliki kualiti tersendiri.
Antara yang menarik perhatian saya adalah dua perancang bahagian tengah, Shahdan Sulaiman dari Singapura dan Tiago Filipe Gomes dari Portugal yang bakal memainkan peranan penting membantu Almeida musim ini.
Aspek utama yang perlu diperbaiki adalah bahagian pertahanan kerana mereka telah dibolosi sebanyak 46 gol pada musim lepas. Kehadiran Zamir selaku penjaga gol utama mungkin kembali memberi keyakinan kepada benteng pertahanan mereka untuk lebih ampuh dan kebal musim ini.
Apa yang pasti, saya tidak sabar untuk melihat aksi mereka di Stadium Hang Jebat apabila saingan Liga Super membuka tirainya secara rasmi pada 3 Februari ini.
Mungkin sasaran menjuarai Liga Super musim ini kelihatan mustahil, namun, apa yang penting buat hampir satu juta rakyat Melaka adalah barisan pemain dan pengurusan MUSA dapat membuktikan bahawa mereka mampu berdiri sama tinggi dengan pasukan-pasukan gergasi Malaysia yang lain.
GEGAU MELAKA GEGAU!