Saingan Piala Dunia Russia kini memasuki perlawanan kedua peringkat kumpulan dengan menyaksikan Russia menutup mulut pengkritik untuk mara ke pusingan kalah mati.
Begitu juga dengan Uruguay yang mengikut jejak langkah tuan rumah ke pusingan seterusnya walaupun persembahan dipamerkan dalam dua perlawanan agak kurang memuaskan.
Walaupun sukan hoki adalah 'rumah' saya, tetapi saya tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk merasai kehangatan Piala Dunia, pentas paling berprestij arena bola sepak.
Saya juga berasakan atlet-atlet negara daripada sukan-sukan lain turut terasa bahang Piala Dunia yang sedang berlangsung walaupun masing-masing sibuk dengan latihan serta kejohanan tersendiri.
Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menonton saingan Piala Dunia di televisyen sejak era saya masih bermain dari 1989 hingga 2002 dan ia berterusan sehingga kini.
Walaupun sibuk menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan dahulu, tetapi saya tetap mengikuti perlawanan dan perkembangan Piala Dunia dan ada ketikanya sanggup bersengkang mata pada latihan pagi esok.
Jika perlawanan itu terlalu lewat, saya terpaksa melepaskannya kerana memerlukan rehat yang cukup tetapi bangkit sahaja daripada tidur, saya akan terus mendapatkan keputusan perlawanan yang terlepas itu.
Pasukan kegemaran dan pilihan saya sudah tentulah juara dunia lima kali, iaitu Brazil.
Saya sempat menyaksikan sendiri gergasi dari benua Amerika Selatan ini menjulang trofi Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada edisi 1994 di Amerika Syarikat dan 2002 di Korea Selatan dan Jepun ketika saya masih menyarung jersi pasukan kebangsaan.
Kali ini, Brazil tidak bermula cemerlang apabila terpaksa berpuas hati cuma satu mata selepas seri 1-1 dengan Switzerland dalam aksi pertama Kumpulan E baru-baru ini.
Walaupun seri, Brazil masih lagi relevan untuk dilabel antara pasukan pilihan memenangi Piala Dunia, sekali gus menambah koleksi trofi keenam mereka.
Kepulangan bintang sensasi, Neymar, daripada kecederaan sebelum tirai Piala Dunia bermula merupakan satu sinar buat mereka.
Brazil perlu memastikan agar Neymar tidak mengalami kecederaan supaya 'mesin gol' ini dapat diturunkan dalam setiap perlawanan dalam misi menjulang piala keenam.
Jika tidak, saya percaya Brazil akan ditimpa malapetaka sepertimana yang berlaku sewaktu edisi empat tahun lalu di bumi sendiri apabila tersingkir di peringkat separuh akhir selepas diratah juara bertahan, Jerman 7-1.
Sama-sama kita nantikan sama ada Brazil mampu bergelar juara pada edisi kali ini.