Musim 2017 akan menutup tirainya kurang dari 24 jam. Berbagai kenangan pahit dan manis industri sukan negara berlaku pada tahun 2017 ini.
Jika dilihat secara keseluruhan, tahun 2017 menyaksikan banyak perubahan pucuk pimpinan organisasi sukan, kemunculan atlet-atlet muda baru dan tidak kurang juga jatuh bangun beberapa jenis sukan teras di Malaysia.
Bola sepak yang merupakan sukan nombor satu di negara ini mengalami kemerosotan prestasi paling teruk. Biarpun dipimpin presiden baru, namun skuad Harimau Malaya tidak mampu mencatatkan waima satu kemenangan yang menyaksikan Malaysia berada di tangga paling corot dalam sejarah Malaysia iaitu 174.
Skrip hampir sama dalam sukan badminton, kemasukan presiden baru, selain kembalinya jurulatih berwibawa masih belum mampu menaikkan semula nama Malaysia yang dahulunya amat digeruni pihak lawan. Kita juga masih mencari-cari kelibat pemain pelapis skuad badminton negara yang mampu menggantikan legenda perseorangan badminton negara.
Skuad hoki Malaysia pula cemerlang dibawah bimbingan Stephen Van Huizen apabila berjaya melayakkan diri ke hoki Piala Dunia ditambah pula kelibat pemain negara yang beraksi di luar negara apabila berjaya menarik minat kelab luar atas bakat yang dimiliki.
Berlainan pula dengan kontinjen olahraga negara yang terlalu lama menyepi kini mula bangkit sedikit demi sedikit. Kejayaan merangkul emas dalam beberapa acara terutama 100 meter lelaki di sukan Sea memberikan harapan baru kepada peminat olahraga negara. Skuad olahraga para negara pula kekal konsisten dari Paralimpik 2016 hingga ke Para Asean 2017 dengan nama-nama besar terus menyumbangkan pingat emas kepada negara.
Sukan ragbi turut cemerlang pada musim 2017 apabila pelan yang dirancang bertahun lamanya mula membuahkan hasil. Kejayaan paling manis tentunya merangkul emas di Sukan Sea yang sekaligus membuka mata masyarakat terhadap sukan ragbi di Malaysia.
Walau apa pun, ayuhlah kita bangkit bersama pada tahun 2018 ini. Jadikan pengalaman lalu sebagai teladan dan kita buka lembaran baru agar sekurang-kurang mampu menjadi lebih baik dari tahun 2017. Selamat berjuang kepada atlet negara!