Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland sedikit tenggelam daripada tumpuan peminat Malaysia selepas perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, tersingkir seawal pusingan pertama selain faktor kemeriahan Sukan SEA yang sedang rancak berlangsung.
Selepas enam hari kejohanan badminton paling berprestij itu berlangsung, Viktor Axelsen akhirnya dijulang sebagai juara untuk mengembalikan kegemilangan Denmark di pentas itu.
Axelsen, yang mudah menewaskan juara dua edisi terdahulu, Chen Long, dalam separuh akhir, sekali lagi mengalahkan pemain China yang juga juara lima kali, Lin Dan, dalam final -- memberi bayangan kedudukan Negara Tembok Besar itu semakin rapuh selepas Li Yongbo mengundur diri sebagai ketua jurulatih.
Jaguh itu hanya mengambil masa 39 minit untuk menewaskan Chen Long straight set 21-9, 21-10 sebelum mengecewakan Lin Dan 22-20, 21-16 untuk membuktikan dia adalah jaguh sebenar pada ketika ini.
Sedikit maklumat mengenai Axelsen, dia mula aktif bermain badminton pada 2010 selepas menjuarai Kejohanan Remaja Dunia pada tahun tersebut, dan gelaran itu dirampas oleh pemain Malaysia, Zulfadli Zulkiffli, pada tahun berikutnya selepas dikecewakan dalam perlawanan akhir.
Pada 2015, dia buat kali pertama bertemu Chen Long dalam final Terbuka Australia yang menyaksikan dia tewas perlawanan itu, sebelum mengalami kekalahan di tangan Lin Dan dalam aksi final Terbuka Jepun pada tahun yang sama.
Nasibnya ketika bertemu pemain China dalam final bertambah baik pada tahun lalu selepas mengatasi Tian Houwei dalam Kejohanan Siri Super Akhir dan bangkit menewaskan Lin Dan untuk perebutan gangsa Sukan Olimpik Rio.
Dengan penyertaan yang tidaklah lama di pentas senior, Axelsen pada usia 23 tahun sudah mengecap gelaran juara dunia, malah lebih manis menewaskan dua bintang China, Chen Long dan Lin Dan.
"Ia seperti satu mimpi memenangi gelaran dunia," kata Axelsen sejurus selepas mengharungi 54 minit perlawanan akhir, awal pagi semalam. "Tetapi di dalam saya gementar seperti anak kecil. Lin Dan adalah idola saya."
Axelsen masih mempunyai tempoh panjang yang cerah di depan untuk membina daripada kejayaan ini, dan sudah tentu dia adalah legenda dalam pembikinan untuk badminton Denmark.
Bukan Axelsen sahaja yang menurunkan penguasaan China di pentas itu, tetapi Nozomi Okuhara dari Jepun bagi acara perseorangan wanita dan pemegang pingat emas beregu campuran Sukan Olimpik 2016 dari Indonesia, Liliyana Natsir dan Tontowi Ahmad, turut berjaya.
Gambar: Bwfbadminton.com