Skip to main content

Rencana

'Aunty' sakit hati kalah kat budak sekolah

venus-coco-1.jpg
Pemain 39 tahun, Venus Williams, 'speechless' selepas dikejutkan oleh budak sekolah 15 tahun, Cori 'Coco' Gauff, 6-4, 6-4 dalam pusingan pertama Grand Slam tenis Terbuka Wimbledon. 

Nak cakap Si Coco di ranking 313 dunia ni kurang ajar tak hormat senior yang telah menjuarai 7 Grand Slam tak boleh jugak. Sebab pemain dari Atlanta ini memang bagus dan menjadi pemain termuda rangkul kejuaraan remaja Terbuka Perancis tahun lalu. 

Bila Venus menang Grand Slam pertamanya, Coco masih belum dilahirkan. 

Mengharungi tiga pusingan kelayakan sebelum catat sejarah sebagai pemain termuda layak ke pusingan pertama Terbuka Wimbledon, Coco berdepan idolanya Venus dengan pukulan-pukulan tepat dan bertenaga, selain matang mengatur strategi. 

Saya sebagai bekas pemain elit skuasy negara pernah melalui situasi ini apabila 'Aunty kalah kepada budak sekolah'. 

Adoii!! Betul-betul sakit hati. Ini puncanya kenapa 'Aunty' di luar sana perlu akur dah 'expire'. 


1. Sebelum perlawanan, ego senior akan kata, "Takde hallah, budak sekolah je". 

2. Bila dah mula permainan, "Macam boleh, macam tak boleh menang je ni".

3. Pertengahan permainanan, "Eh! Kenapa pukulan 'favorite' aku tak jadi?" dan "Mental masih ok ni tapi kaki macam tak bergerak je".

4. Dah nak habis, "Woi! Budak ni baguslah" dan "Tak boleh pergi lagilah...stamina kaput..".

5. Bila dah kalah, "Kalau dulu, mesti aku boleh kalahkan budak ni...kalau dulu".

Baling kain putih, sedar diri dan 'move on Aunty!

Kredit imej: MarketWatch/Tim Ireland










 

Advertisement

Must Watch Video