Skip to main content

Rencana

Atletico  Madrid kental

atletico.jpg
Taktikal disiplin bertahan secara berpasukan yang dipamerkan pemain Atletico Madrid sepanjang perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-juara Eropah ketika bertemu juara bertahan, Liverpool, di laman sendiri itu memberi kemenangan berharga untuk Atletico. 

Walaupun Liverpool menguasai permainan sepanjang perlawanan namun anak-anak buah Jurgen Kloop masih tidak mampu menembusi pertahanan Atletico yang diketuai Felipe Augusto.

Jaringan seawal permainan Saul Niguez dari pergelutan yang berlaku didalam kawasan penalti dari sepakan sudut telah memberi kemenangan bermakna kepada Atletico itu. Dengan formasi 4-4-2 yang diterapkan oleh Diego Simeone itu memberi kekuatan dibahagian tengah dan pertahanan kerana apabila bertahan secara tidak langsung formasinya itu akan menjadi 5-4-1. Itu menyebabkan tiga penyerang utama Liverpool iaitu Sadio Mane,Roberto Firmino dan Mohamed Salah tidak berjaya mencipta jaringan.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh ketiga-tiga penyerang Liverpool itu dan dibantu oleh pemain tengah, Liverpool masih lagi sukar untuk mencari ruang dan peluang untuk menjaringkan gol. 

Klopp mengakui agak sukar untuk mencari gol penyamaan kerana corak bertahan yang dipamirkan Atletico itu menjadi. Namun, ia tidak mematahkan semangat Klopp dan anak-anak buahnya untuk bangkit dalam aksi kedua di Anfield nanti. Bagitu juga yang dinyatakan Andrew Robertson pemain pertahanan Liverpool yang begitu berkeyakinan bahawa Liverpool akan bangkit pada pertemuan kedua nanti.

Sementara Simeone menganggap kemenangan ini begitu bermakna apabila taktikalnya menjadi dan memuji semangat juang anak-anak buahnya selain menunjukan disiplin yang tinggi. Inilah kemenangan yang dinantikan oleh peminat-peminat Atletico sendiri apabila berjaya mengalahkan juara bertahan dilaman sendiri.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found