Keadaannya seolah-olah segala-galanya sudah berubah di Wanda Metropolitano kecuali di kerusi penting pengurus.
Diego Simeone mungkin kini dikelilingi watak-watak baru untuk mencaturkan cabaran Atletico Madrid bagi musim baru LaLiga 2019/20 tapi ramai tidak menjangka dia akan mengubah pendekatannya yang sudah membuahkan banyak peningkatan sejak ketibaannya pada 2011.
Tidak penyokong Atleti yang paling optimistik sekalipun dapat membayangkan bahawa lapan musim panas yang lalu, Simeone akan mengubah sejarah kelab ibu kota Sepanyol itu hingga ke penanda aras baru mereka kini.
Lebih daripada sekadar meraih tujuh trofi dalam tempoh berkenaan, jurulatih Argentina itu telah menukar wajah Los Rojiblancos menjadi satu kuasa yang bukan saja dihormati dalam liga domestik, malah mulai disegani di Eropah.
Kempen musim 2018/19 menyaksikan mereka berkesudahan di tangga kedua dalam LaLiga membuntuti Barcelona tapi mengatasi juara Eropah tiga musim berturut-turut, Real Madrid.
Malangnya, kekalahan menerusi peraturan gol di tempat lawan di sebalik agregat 4-4 dengan Girona dalam pusingan 16 Copa Del Rey, Januari lalu, merencatkan kemajuan mereka.
Di peringkat Eropah pula, Atleti mengungguli Juventus 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 di Wanda, hanya untuk tunduk kepada hatrik Cristiano Ronaldo dalam kekalahan 3-0 dalam pertemuan timbal balik di Turin.

Lebih daripada sebarang perkara lain, seperti diutarakan akhbar harian sukan, MARCA, ia mengisyaratkan perubahan – bukan pertukaran biasa-biasa tapi secara besar-besaran.
Gara-garanya, Atletico disaksikan mengharungi musim panas yang gila dalam pasaran perpindahan.
Meraih €313.47 juta (RM1447.21j) daripada penjualan pemain, kelab itu kemudian melaburkan €243.5 juta (RM1124.18j) bagi mengisi kekosongan berkenaan.
Los Rojiblancos kehilangan tiga tonggak pertahanan serentak, Diego Godín, Juanfran dan Filipe Luis melalui perpindahan percuma, Lucas Hernández memilih untuk menyertai Bayern Munich sambil pelapis pertahanan di bahagian tengah, Rodri, disambar Manchester City.
Dan sejurus bintang utamanya, Antoine Griezmann, mencetus kontroversi menyeberangi ke pasukan seteru utama, Barcelona, seakan-akan seluruh “roh” Atletico telah pergi meninggalkan pasukan yang dibiarkan terkapai-kapai kelemasan.

Dalam pada itu, Simeone tidak berlengah mendatangkan pengganti setanding, kalaupun tidak lebih baik daripada mereka yang telah angkat kaki.
Marcos Llorente tiba untuk mengisi tempat Rodri, baju Griezmann berpindah milik kepada Joao Felix sambil pemain antarabangsa England, Kieran Trippier, tiba untuk menutup kelompongan di benteng, seiring dengan Felipe, Lodi dan Hermoso.
Sasaran berikutnya, termasuk pemain Real Madrid yang sebelumnya dipinjamkan kepada Bayern Munich, James Rodriguez, masih kekal dalam agenda kelab itu.
Perdebatan dalam kalangan ramai peminat tegar Atletico kini ialah apakah yang dapat dijanjikan barisan berwajah baru ini dalam menghadapi musim baru – mereka akan membuka kempen dengan menerima kunjungan Getafe pada 18 Ogos ini.
Kalau diikutkan kepala gila Simeone – dengan aksi “cojone” ketika meraikan kemenangan ke atas Juventus, 21 Februari lalu – penantian mereka harus tidak terlalu lama untuk sekurang-kurangnya satu trofi menemui jalan ke Wanda Metropolitano semula.