Mangsa atau kebodohan sendiri ?
Saban hari kita sering dikejutkan dengan penyebaran gambar mahupun video yang membuka aib individu terlibat.
Selain dunia hiburan, tidak ketinggalan atlet sukan negara turut menjadi mangsa.
Persoalannya adakah benar mereka mangsa atau itu adalah kesan dari tindakan tanpa berfikir dua kali sebelum melakukannya?
Terlalu banyak tindak tanduk atlet yang ‘kantoi’ di arus media sosial, akhirnya menjerat diri sendiri dan lebih parah jika ia melibatkan atlet prolifik dan boleh dilabel sebagai ikon negara.
Seminggu dua ini kita dihidangkan dengan kegagalan atlet negara menjaga batasan aib melibatkan diri mereka sendiri yang akhirnya mengundang rasa malu untuk berhadapan dengan pihak media dan juga orang ramai.
Bermula dari klip lelaki yang beraksi tidak sopan memiliki wajah mirip kepada pemain bola sepak negara, diikuti satu lagi klip video dikaitkan dengan atlet utama negara, cetus persoalan pencinta sukan tanah air.
Lebih parah kesan dari penyebaran isu seperti itu mampu mengganggu tumpuan dan prestasi atlet itu sendiri di lapangan pilihan masing-masing dan perspektif netizen mula memainkan peranan.
Jangan mereka penat lelah membina kredibiliti, runtuh begitu sahaja dek kebodohan dalam menjaga tatasusila tanpa mereka sedari sebarang kesilapan akhirnya memakan diri sendiri.