Tanpa jurulatih tetapi ia bukan penghalang untuk buru gelaran remaja terpantas Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019.
Itu dialami pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, yang tiba di Semarang, Indonesia dengan harapan menggunung - menggegar trek Stadium Tri Lomba Juang.
Pelari berusia 15 tahun ini akan berdepan mereka yang lebih senior, bawah 18 tahun untuk merebut pingat emas dalam acara 100, 200, 4x100 dan 4x100 meter campuran.
"Saya akan lakukan tugas ini untuk keluarga dan jurulatih. Saya tahu mereka mendoakan saya dari jauh," katanya.
Apa yang menarik mengenai pemegang tiga rekod Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ini?
Dia hadir selaku pelari yang memiliki catatan terpantas 100 meter (10.63s) dan 200 meter (21.24s).
Saya tidak mahu letak tekanan tetapi Azeem taruhan terbaik negara untuk menamatkan penantian sejak Badrul Hisham Abd Manap raih emas 100 meter di Brunei pada 2015.
Pemegang rekod kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, pula terlepas peluang mempertahankan emas Badrul pada 2016 kerana menyertai kejohanan lain.
Jadi, ini peluang untuk Azeem.
Juara bertahan 100 meter, Adi Ramli Sidiq, selaku pelari tuan rumah akan mendapat sokongan padu peminat Semarang tetapi catatannya (10.85s) tidak sebaik Azeem.
Malah, saya yakin pelari kelahiran Teluk Intan, Perak ini lebih matang selepas penampilan sulung ASG tahun lalu menyaksikan dia raih tangga keempat 200 meter.
Jaga-jaga, bintang dalam pembikinan mahu datang.