Ada tiga perlawanan menarik pada malam Ahad, dua pertembungan Piala FA (JDT lawan Pahang), (Man City bertemu Arsenal) dan satu El Clasico (Real Madrid bertemu Barcelona), dan ketiga-tiganya hebat.
Saya tidak mahu mengulas perlawanan JDT menentang Pahang kerana saya yakin ramai pihak sudah membuat ulasan selepas perlawanan itu berlangsung, fokus saya adalah pertembungan Piala FA Inggeris di antara Man City dan Arsenal.
Pelbagai kontroversi berlaku dalam kem The Gunners untuk beberapa minggu ini, antaranya kekalahan memalukan kepada kelab West Bromwich Albion (3-1) pada 18 Mac lalu dan Crystal Palace (3-0) pada 10 April.
Ia mencetuskan kemarahan penyokong yang mahukan Wenger keluar dan digantikan dengan individu baru untuk mengisi jawatan pengurus. Ramai merasakan Wenger sudah tidak relevan lagi, sudah lama membawa pasukan Arsenal sehingga kemarau kejuaraan liga, di pentas Eropah pula prestasi suam-suam kuku. Kejuaraan liga pula semakin jauh daripada dakapan, impian untuk menjadi juara dengan 89 mata semakin malap apabila kini bergelut di kedudukan ketujuh liga. Pendek kata penyokong Arsenal tidak lagi memerlukan Wenger memimpin pasukan mereka.
Berdepan Man City, ia bukan satu tugas mudah, apatah lagi mereka pernah seri dua sama tiga minggu lalu dalam perlawanan liga. Namun tuah milik Arsenal kali ini di Wembley apabila satu gol lewat oleh Nacho Monreal berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan dan gol kemenangan oleh Alexis Sanchez sudah cukup buat peminat yang dahulu memaki Wenger dengan kempen #WengerOut kembali senyum dan bersorak girang di stadium Wembley.
Kini Wenger hanya perlu lepasi satu lagi tembok, iaitu Chelsea di pentas final 27 Mei depan. Pasukan paling konsisten di liga yang dikepalai Antonio Conte. Jika menang piala FA untuk musim ini, sekurang-kurangnya redalah juga kemarahan penyokong The Gunners terhadap Wenger.