Skip to main content

Rencana

Arsenal masih teraba-raba

aubameyang.jpg

Kekalahan 1-2 di tangan Wolverhampton Wanderers di laman sendiri begitu memeritkan hati penyokong-penyokong Arsenal. Ini merupakan kekalahan ketiga dari lima perlawanan terakhir Arsenal, sudah pasti ia akan memberi sedikit tekanan kepada Mikel Arteta dan pengurusan kejurulatihan menghadapi setuasi ini. Melihat dari aksi permainan setiap pemain-pemainnya telah menunjukan komitmen mereka di atas padang namun nasib masih tidak menyebelahi mereka. Ini dapat dilihat ketika berhadapan dengan Wolves, dimana banyak serangan berjaya dilakukan tetapi tidak menemui penyudahnya.

Inilah yang perlu diperbaiki oleh Arteta dalam masa terdekat selain perlu memperkemaskan corak bertahan secara berpasukan yang lebih efektif. Sekiranya Arteta masih mengharapkan Pierre Emerick Aubameyang untuk melakukan jaringan untuk Arsenal ia pasti akan lebih sukar dimasa hadapan kerana setiap pemain pertahanan lawan sudah memahami corak dan gaya permainan Aubameyang. Dimana Arteta perlu melahirkan lebih ramai pemain-pemain yang boleh melakukan jaringan bukan sahaja daripada kalangan pemain penyerang sebaliknya daripada pemain-pemain midfield.

Advertisement

Dari corak permainan dan taktikal diamalkan Arteta bersama Arsenal ia amat memerlukan sokongan daripada pemain-pemain midfield yang boleh melakukan jaringan. Lihat sahaja di zaman kegemilangan Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger suatu ketika dahulu dimana ramai pemain-pemain midfield yang boleh melakukan jaringan untuk membantu Thierry Henry dan Dennis Bergkamp seperti Robert Pires, Marc Overmars, Emmanuel Petit, Freddie Ljurgberg dan Patrick Vieira selain daripada pemain-pemain pertahanan. Itulah intipati kejayaan Arsene Wenger bersama Arsenal ketika itu yang mempunyai sokongan yang kuat daripada pemain-pemainnya.

Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan segera oleh Arteta ia akan terus menekan kedudukan Arsenal yang ketika ini berada pada kedudukan sepuluh ke bawah. Sudah tentu moral pemain-pemain akan menurun sekiranya mereka tidak boleh mencipta kemenangan pada perlawanan akan datang. Ini akan menyebabkan Arsenal terus teraba-raba mencari tempat terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeria musim ini.

Must Watch Video