Tanggal 27 Julai 2019, penantian penyokong baik Kedah mahupun Perak akhirnya dimuktamadkan dengan skuad Lang Merah itu muncul juara dalam aksi yang berlanjutan hingga 120 minit dalam perlawanan akhir Piala FA edisi ke-30.
Namun, kali ini penulis bukan mahu berbicara tentang aksi kedua-dua pasukan di tengah padang mahupun cerita bintang muda Kedah, Fadzrul Danel tetapi tentang persembahan pengadil import Jepun, Takuto Okabe, pengadil berusia 38 tahun yang turut dibantu dua penolong pengadil, yang juga rakan senegara, Akane Yagi, 45, dan Osamu Nomura, 30.
Sementara pengadil tempatan, Razlan Joffri Ali, 34, diletakkan sebagai pengadil keempat atau pengadil simpanan bagi perlawanan berkenaan.
Apa yang membuatkan penulis teruja adalah bagaimana Takuto mengadili perlawanan membabitkan beberapa aspek.
Pertama, di mana posisi dia berada ketika kekasaran ataupun kesalahan dilakukan pemain. Kedua, bagaimana keputusan yang diambilnya dan ketiga, komunikasi bersama pembantu-pembantunya.
Tutup cerita kononnyaya pengadil import menidakkan pengadil tempatan. Fikir yang lebih positif.
Kesimpulannya adalah persembahan yang ditampilkan pengadil import ini. Tiada keputusan pelik yang diambil sepanjang perlawanan berlangsung di mana dia cukup konsisten.
Imbas kembali posisi ketika Amirul Azhan Aznan dilayangkan kad merah. Takuto berada paling dekat dengan insiden tersebut.
Penulis berasakan Takuto sudah pasti melakukan "kerja rumah " terlebih dahulu dengan membuat analisis tentang karakter pemain daripada kedua-dua pasukan.
Mungkin juga ada perbincangan yang dilakukan bersama pengadil tempatan setibanya di Malaysia. Ini penting kerana setiap keputusan yang diambil akan jadi tumpuan. Jika tepat, selamat tetapi sebaliknya jika undang kontroversi.
Buat pengadil tempatan mahupun keluarga bola sepak Malaysia, ayuh kita ambil semua ini dalam konteks yang positif dan belajar sesuatu daripada final Piala FA ini demi kemajuan bola sepak negara, khususnya daripada aspek pengadilan.
Jika diimbas rekod sepanjang musim, ada saja yang tak kena yang dilakukan oleh pengadil tempatan. Bukan semua tetapi segelintir tetapi bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Ayuh kita mara ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Sekian untuk kali ini.
Ini rumah kita, ini liga kita, tanah tumpah darah kita