Bagai pinang dibelah dua.
Apabila dua pemain badminton dari dua negara jiran berlatih saban hari, di situlah perhubungan sebagai kawan berputik kepada perasaan cinta.
Begitulah cerita Mohd Arif Abdul Latif dan Rusydina Antardayu Riodingin, pemain badminton professional Indonesia dari Jakarta yang baru bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada September ini.
Berita gembira pada bulan Mei itu tidak terhenti di situ sahaja.
Arif layak ke Kejohanan Badminton Dunia buat kali pertama dalam kariernya dan dia akan ke Basel, Switzerland bersama pasangan beregu lelakinya, Nur Mohd Azriyn Ayub, untuk mewaklili Malaysia dalam kejohanan yang bermula 19 Ogos ini.
Saya sempat bertanya kepada Arif, yang cukup peramah, tentang kegembiraan berganda ini.
1. Apa makna kejayaan layak ke Kejohanan Badminton Dunia?
Ia rezeki saya dengan Azriyn layak sebab usaha yang kita lakukan. Tidak lupa juga sokongan daripada keluarga, mak ayah. Lagi pun ini memang dalam perancangan utama kita.
2. Satu pengajaran paling besar menuju kepada kejayaan ini.
Jangan putus asa. Dan sekarang dah layak kita perlu lebih bekerja keras keras dan fokus kerana di sana nanti semua lawan kuat-kuat.
3. Tentang perhubungan dengan Rusydina, bila dan di mana berjumpa?
Saya jumpa Rusy masa tahun 2013 selepas saya keluar dari BAM, saya terus ke Kelab Badminton Ampang Jaya.
Dia pun berlatih kat sana juga dengan minat yang sama. Jadi lebih lama kenal lebih sayang.
4. Kenapa jatuh cinta kepada Rusydina?
Rusy ni dia faham karakter saya macam mana. Dia tau saya suka apa, faham hobi saya dan dia seorang yang sanggup susah senang dengan saya. Rusy banyak sokong saya dari belakang.
5. Perasaan Arif, apabila karier dan perhubungan berjalan selari dengan lancar?
Sangat gembira. Juga mungkin dah sampai masa saya mendirikan rumah tangga. Lepas berkahwin Rusy akan henti bermain badminton dan akan fokus kepada keluarga. Ramai juga kawan-kawan saya yang sudah kahwin macam Tan Wee Kiong dan Goh V Shem. Harap rezeki lepas kahwin lebih bertambah.
6. Apa ucapan Hari Raya anda kepada peminat sukan badminton?
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh peminat sukan badminton di luar sana. Teruskanlah sokong pemain badminton negara.