Sesuatu yang amat mengejutkan. Apabila pengendali Real Madrid Zinedine Zidane telah mengambil keputusan di luar jangkaan dengan meletak jawatan setelah beberapa hari mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara menewaskan Liverpool 3-1.
Kemenangan itu menyaksikan Real mencatat sejarah sebagai pasukan pertama mencatat kejayaan hatrik dalam era moden sekali gus menambah koleksi trofi ke-13 mereka sepanjang penyertaan kempen kelab elit Eropah tersebut.
Walaupun berjaya membawa Real memenangi gelaran di pentas Eropah.Di peringkat domestik Zidane, 45 tahun yang menggantikan Rafael Benitez pada Januari 2016 hanya berjaya mengungguli satu musim sahaja iaitu pada 2016/17.
Dia telah memberitahu presiden Real, Florentino Perez dan ketua pasukannya Sergio Ramos akan hasratnya meninggalkan Real.
"Saya tahu ia adalah satu masa yang tidak sesuai untuk menyatakan hasrat saya," kata Zidane. "Tetapi ia perlu dilakukan untuk kebaikan semua orang." Pasukan ini perlu terus menang dan memerlukan perubahan. Selepas tiga tahun mereka memerlukan suara baru, cara baru untuk lebih berjaya.
"Itulah sebabnya saya mengambil keputusan itu, saya suka kelab ini, saya sangat berterima kasih kepada presiden, dia memberi peluang kepada saya untuk datang sebagai pemain dan pengurus yang berjaya.
Perez berkata keputusan Zidane itu tidak dijangka selepas gelaran Liga Juara-Juara ke-13 kelmarin. "Ia adalah hari yang menyedihkan bagi saya, pemain,peminat dan semua orang di kelab," kata Perez. "Saya mahu dia berada di sebelah saya selama-lamanya, tetapi saya tahu ia adalah keputusan muktamad”.
Pada bulan Januari tahun ini, Zidane mengesahkan beliau menandatangani kontrak di Real untuk mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2020 tetapi hanya sebulan selepas itu, beliau berkata "Jika saya merasa tidak ada lagi yang boleh diberikan, saya akan pergi".
Tambah Zidane. "Para pemain tidak ada kaitan dengan keputusan saya, ia adalah mengenai apa yang saya fikirkan."
Zidane, yang dipuji oleh wartawan di Sepanyol ketika dia meninggalkan persidangan beritanya, menafikan keputusannya ada kaitan dengan krisis Ronaldo.