Teringat dengan bait bibir salah seorang individu tonggak pengurusan baru Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebelum sepak mula aksi pertama Liga Super musim 2019 The Red Giants menentang Felda United di Stadium Shah Alam.
"Pada penghujung hari, keberkesanan revolusi bola sepak Selangor akan bertunjangkan kepada keputusan di padang."
Selangor seri 1-1 dalam pertemuan itu.
Empat perlawanan menyusul, Selangor hanya berupaya mengutip tiga mata, sekali gus membangkitkan pelbagai rasa kurang senang, terutama dalam kalangan penyokong.
Pra-musim, penyokong Selangor disuntik keghairahan luar biasa susulan perubahan drastik daripada aspek interaksi dan saluran maklumat pasukan menerusi platform media sosial.
Stadium Shah Alam juga diberikan nafas baru dengan pengalaman hari perlawanan persis dalam liga luar negara.
Tetapi beberapa aksi hambar memberikan tekanan luar biasa kepada pasukan, terutama ketua jurulatih, B. Sathianathan.
Kecederaan serius kepada bintang utama seperti Rufino Segovia serta kegagalan import dipancing awal musim menyaksikan skuad melalui rombakan kecil.
Di sebalik kritikan membina dan tohmahan negatif, Selangor menamatkan musim Liga Super 2019 di tangga ketiga.
Kali terakhir The Red Giants berada dalam kelompok tiga terbaik liga adalah pada musim 2015 selaku naib juara.
Malah, statistik juga membuktikan prestasi Selangor dalam liga musim 2019 lebih baik berbanding Selangor 2018.
KUTIPAN MATA
2018: 27
2019: 37
REKOD PERLAWANAN
2018: 7M 6S 9K
2019: 10M 7S 5K
REKOD JARINGAN
2018: 35 GOL 39 BOLOS
2019: 41 GOL 35 BOLOS
Ketika pertahanan Selangor dikenal pasti sebagai kelemahan utama musim ini, tidak dinafikan ada peningkatan kecil yang perlu diberikan perhatian bagi kempen akan datang.
Meskipun aksi Selangor tidak sehebat pengaruh mereka di luar padang, setidak-tidaknya ada yang boleh dijadikan sebagi pemangkin keyakinan kepada sesuatu yang lebih positif menjelang satu lagi misi penting sebelum berlayarnya musim 2019.
Piala FA terlepas daripada genggaman, Piala Malaysia dalam buruan, liga muktamad dalam kelompok tiga terbaik, apa lagi penyokong Selangor mahukan.